Cara Pasang Lantai Vinyl Self-Adhesive Secara DIY

3,048 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Apa Itu Lantai Vinyl?

Lantai vinyl merupakan kepingan PVC atau plastik yang mempunyai corak dicetak pada permukaannya. Corak yang paling popular sudah pastilah lantai vinyl yang mempunyai paten kayu, namun ada juga lantai vinyl yang bercorak seperti seramik atau batu marmar. Disebabkan itu, lantai ini juga sering dianggap vinyl kayu asli disebabkan coraknya yang sama seperti lantai kayu asli, namun hakikatnya ianya lebih nipis.

Gambar dari Family Handyman 

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian cara pasang lantai vinyl self-adhesive secara diy.

Lantai vinyl boleh didapati dalam beberapa jenis, iaitu:

  1. Vinyl plank - lebih tebal (4-6mm) kerana mempunyai beberapa lapisan
  2. Vinyl sheet - biasanya berketebalan antara 2 mm hingga 3 mm, sesuai untuk DIY
  3. Vinyl self-adhesive - seperti stiker, sangat nipis lebih murah dan popular untuk DIY
  4. SPC (stone plastic composite) vinyl flooring - mempunyai campuran batu kapur, sangat lasak, pemasangan secara interlocking
  5. WPC (wood plastic composite) vinyl flooring - tebal, mempunyai campuran kayu asli, ringan dan lembut, pemasangan secara interlocking

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pemasangan Lantai Vinyl

Sebelum membeli lantai vinyl, anda perlu mengetahui kelebihan & kekurangan lantai vinyl supaya anda dapat menentukan samada ia memenuhi keperluan dan kehendak anda.

Penggunaan lantai vinyl di rumah dapat membuatkan rumah anda kelihatan lebih menarik dan dramatik. Ia juga merupakan pilihan terbaik jika anda mahu mencari dekorasi lantai rumah dengan harga bajet. Sebab itu kebelakangan ini, produk lantai vinyl sangat laku dijual secara online.

Sebelum melakukan pemasangan lantai vinyl, terdapat beberapa faktor yang perlu dititikberatkan. Antaranya ialah: 

  1. Di kawasan manakah anda mahu memasang lantai vinyl di rumah anda?

    Kenapa soalan ini perlu menjadi soalan pertama yang perlu anda jawab? Ini kerana luas ruang atau bilik yang ingin dipasang tersebut akan mempengaruhi bajet yang ingin dikeluarkan. Jadi, apabila anda tahu keluasan bahagian yang ingin dipasang, ianya lebih mudah untuk anda memuktamadkan bajet.
Pro Tips

Selain nak nampak cantik, anda perlu mengambil kira sekiranya ruang tersebut terdedah kepada kebocoran lagi-lagi ketika hujan. Untuk masalah ini, lantai vinyl jenis gam kemungkinan tidak sesuai untuk digunakan.

  1. Kenapa anda mahu memasang lantai baharu?

    Selalunya sebab utama untuk anda menukarkan lantai rumah adalah kerana ingin menjadikan suasana dan keadaan rumah lebih menarik dan ceria. Namun adakala, anda ingin menukar lantai kerana ia telah rosak.
  1. Apakah matlamat jangka masa panjang dalam pemasangan lantai vinyl?

    Sebolehnya, anda perlu tetapkan berapa tahun jangka masa untuk penggunaan lantai vinyl tersebut dan adakah untuk jangka masa panjang atau pun hanya untuk dipasang secara sementara sahaja.

    Lantai vinyl diperbuat daripada getah, menjadikannya kalis air dan kalis anai-anai. Ia mempunyai ketahanan antara 5-10 tahun. Sekiranya anda memerlukan lantai yang tahan lama dan mempunyai modal yang lebih, anda mungkin boleh mempertimbangkan penggunaan vinyl plank atau lantai jenis SPC.
  2. Bagaimana jenis permukaan lantai rumah anda?

    Jika lantai rumah anda tidak rata, anda haruslah meratakan lantai rumah anda terlebih dahulu sebelum pemasangan dilakukan. Kos yang dikeluarkan juga agak berbeza kerana anda perlu membaik pulih lantai terlebih dahulu.
  3. Bolehkah anda melakukan secara DIY atau adakah anda ingin mengupah tukang yang pakar?

    Sudah pasti ianya boleh dilakukan secara DIY sekiranya anda seorang yang pandai bertukang. Secara jujurnya, kos pemasangan adalah lebih mahal daripada harga lantai itu sendiri. Tetapi, jika anda tidak pandai dan tiada masa untuk melakukannya sendiri, tidak salah untuk mengupah orang agar hasilnya lebih kemas.

Nipis atau Tebal, Yang Mana Patut Saya Pilih?

Lantai vinyl boleh didapati dalam beberapa ketebalan. Untuk ruang tamu, anda disarankan untuk memilih kepingan vinyl yang berukuran 2mm ke atas kerana ianya lebih tebal dan lembut dipijak. SPC & WPC vinyl pula sesuai digunakan untuk ruang kerja seperti dapur.

Vinyl yang nipis lebih sesuai untuk projek-projek DIY mini seperti memasang lapik pada closet anda.

Cara Untuk Mengira Kepingan Vinyl Yang Anda Perlukan

Ukuran standard kepingan vinyl ialah 90-100cm dengan kelebaran 10-20cm. Pemasangan lantai vinyl dengan jumlah yang cukup dengan ukuran tepat adalah sangat diperlukan jika mahu menggunakan lantai jenis ini. Hal ini kerana, dengan mengetahui jumlah vinyl yang digunakan, ia dapat mengelakkan dari terlebih beli dan tersalah pasang. 

Sebenarnya, cara pemasangan dengan betul sangat mudah.

Langkah - Langkah : 

Anda hanya perlu mengukur panjang dan darabkan dengan lebar ruang yang ingin dipasang lantai vinyl tersebut. Tetapi, jika ruangan tersebut bukan berbentuk segi empat, perlu pisah ruangan tersebut menjadi kawasan yang lebih kecil untuk memudahkan anda mengira.

Gambar dibawah adalah teknik mengira luas kawasan yang berbentuk segi empat : 

Cara pengiraaan pemasangan lantai vinyl

Gambar diatas menunjukkan bahawa ukuran keluasan 8m x 6m iaitu 48 m2.

Seterusnya pula adalah cara untuk mengira luas ruangan yang bukan berbentuk segi empat : 

Cara pengiraaan pemasangan lantai vinyl

Gambar diatas adalah untuk kawasan yang tidak berbentuk segi empat. Disebabkan itu, kita terpaksa membahagikan ruang kepada beberapa bahagian yang lebih sederhana.

Cara pengiraaan pemasangan lantai vinyl

Pada bahagian gambar diatas, Ia kelihatan bahawa bahagian tersebut memiliki ukuran 8m x 2m iaitu 16 m2. Pada bahagian tengah, tidak terlihat seberapa panjang keluasan pada bahagian tersebut. jadi, kita perlu menentukan panjang ruangan tengah terlebih dahulu.

Untuk langkah mengukur panjang bahagian tengah, anda boleh menggunakan pita pengukur. Berdasarkan gambar diatas, panjang ruangan keseluruhan adalah 12m dan bahagian tengahnya menonjol ke dalam sepanjang 2m sehingga dapat ditentukan panjang bahagian tengah adalah 12m - 2m bersamaan dengan 10m.

Langkah seterusnya pula, kita hanya perlu mendarabkan panjang dan lebar iaitu 10m x 2m, iaitu persamaan dengan 20 m2. Pada satah yang paling bawah, saiz ruangan adalah 12m x 5m persamaan dengan 60 m2. Akhir sekali, kita hanya perlu tambah ketiga-tiga kawasan tersebut 16 m2 + 20 m2 + 60 m2 + = 96 m2.

Selepas mengira keluasan bilik, barulah anda boleh membeli lantai vinyl mengikut saiz dan keluasan yang diperlukan.

Bagi memastikan lantai tersebut cukup saiz semasa dipasang, anda perlu lebihkan 5% daripada keluasan bilik tersebut.

Untuk keluasan bilik 48 m2, 5% daripada keluasan tersebut adalah 48 m2 + 2.4 m2 iaitu 50.4 m2. Contoh lain pula, untuk keluasan bilik 98 m2, 5% daripada 98 m2 adalah 4.8 m2. Pembelian vinyl untuk keluasan 96 m2 + 4.8 m2 adalah 100.8 m2.


Untuk pemasangan lantai, terdapat beberapa barangan dan bahan-bahan yang perlu anda semasa melakukan projek diy ini. Di antaranya adalah : 

Bahan-bahan Yang Diperlukan Untuk DIY Lantai Vinyl

  • Pisau
  • Cutting Mat
  • Pembaris L / Pembaris
  • Pita Ukur

Jenis Susunan Lantai Vinyl 

Terdapat banyak cara dan gaya yang boleh dilakukan untuk pemasangan lantai vinyl. Biasanya, konsep dan gaya yang dihasilkan adalah mengikut citarasa dan kreativiti yang diinginkan. Di antara jenis-jenis lantai vinyl adalah : 

Susunan Biasa Sebelah-Sebelah : 

Lantai vinyl dengan corak ini juga dikenali sebagai ikatan tindanan. Cara susunan corak lantai gaya ini adalah dilakukan dengan sejajar secara berterusan. Corak jenis ini merupakan corak universal yang sesuai untuk permukaan jenis papan serta jubin segi empat sama dan segi empat tepat.

cara pasang lantai vinyl
Gambar dari Clooney f099

Susunan Bata : 

Pemasangan lantai vinyl dengan corak ini kebiasaannya sering digunakan disetiap rumah pada masa kini. Konsep coraknya lebih kepada seimbang yang juga dikenali sebagai running bond. Pada baris pertama, biasanya ia diletakkan secara penuh, kemudian, untuk baris kedua dipasang dengan separuh papan. Selepas itu, ia diulangi dengan papan penuh seperti dipasang pada baris pertama berselang seli sehingga ianya siap dipasang disegenap ruang tersebut. Corak jenis ni sangat sesuai untuk digunakan pada rumah moden.

cara pasang lantai vinyl susunan bata
Gambar dari : Mroma Flooring

Susunan Anak Tangga : 

Corak jenis ini merupakan susunan vinyl secara berselang seli bermula pada bahagian sisi hingga bahagian tengah. Corak seperti ini sesuai digunakan dengan variasi dua atau tiga warna. Coraknya hampir sama seperti corak offset.

Susunan Herringbone : 

Lantai Herringbone adalah lantai bercorak tulang ikan yang mempunyai hiasan yang menarik. Ia sesuai dipasang pada bahagian ruang tamu untuk menghadirkan mood yang ceria pada kawasan tersebut. Lantai vinyl ini dipasang secara condong diantara satu sama lain dan menghasilkan bentuk tulang ikan gaya klasik. 

Bagaimana Cara Pemasangan Lantai Vinyl?

  • Langkah 1 : Pasang lantai vinyl selari dengan tingkap
    Pasang lantai vinyl dalam kedudukan selari menghadap tingkap rumah yang mempunyai sumber pencahayaannya yang terus bagi menampakkan rumah anda luas. Pemilihan warna dan corak vinyl juga memainkan peranan dalam memastikan rumah kelihatan luas.
Pro Tips

Pastikan lantai anda betul-betul kering dan tidak berhabuk sebelum anda memulakan pemasangan vinyl.

  • Langkah 2 : Gunakan kreativiti untuk menyusun
    Pemasangan boleh dilakukan mengikut kreativiti anda sendiri. Seperti yang dilakukan ini, konsep yang digunakan adalah pemasangan dalam 3 posisi berbeza bagi mendapatkan kesan yang lebih cantik dan menarik pada bahagian lantai.
  • Langkah 3 : Buang seluruh lapisan bergam pada kepingan vinyl
    Pastikan buka lapisan gam itu terlebih dahulu sebelum dipasang, itu adalah bagi memudahkan untuk anda melekatkan dan rapatkan vinyl tersebut. Jika dibuka separuh, vinyl tersebut akan menjadi tidak sekata disebabkan kekuatan gam pada vinyl tersebut.
Pro Tips

Sekiranya anda memasang vinyl tanpa gam, seeloknya anda memilih gam khas untuk vinyl (acrylic vinyl glue) bukan contact glue. Contact glue mempunyai risiko yang memudaratkan kesihatan.

Langkah 4 : Tekan kepingan vinyl agar rapat
Pastikan pemasangan dilakukan secara rapat tanpa ada sebarang ruang. Hal ini kerana, sekiranya air dan makan tertumpah ia tidak akan mengalir masuk ke dalam celahan lubang dan membuatkan vinyl tersebut mudah terkopak dan tidak tahan lama.

Langkah 5 : Potong lebihan vinyl, pasang skirting & cuci
Bagi memotong bahagian lebihan vinyl tersebut, anda boleh potong dengan menggunakan cutter kerana ianya lebih mudah. Kemudian, pasang skirting supaya compang-camping pada bahagian hujung tersebut disembunyikan. Jika ada gam vinyl yang meleleh keluar, cuci semula dengan mengelap permukaan lantai menggunakan kain dan thinner.

Lantai Vinyl Jenama Apakah Yang Terbaik Sekiranya Mahu Untuk Digunakan Dalam Jangka Masa Panjang?

Terdapat banyak jenama dengan perbezaan kualiti yang menjadi pengeluar untuk lantai vinyl ini. Jika harganya lebih murah, sudah pasti kualitinya juga hanya biasa-biasa sahaja.

Jika anda menginginkan lantai vinyl dengan kualiti terbaik, anda perlulah mengeluarkan bajet lebih besar dari bajet asal. Di bawah ini senarai jenama lantai vinyl yang menjadi pilihan orang ramai kerana kualitinya yang sangat terbaik dan tahan lama. 

lantai vinyl al aqsa

Al-Aqsa

Produk lantai vinyl yang dikeluarkan oleh Al-Aqsa ini merupakan vinyl gred tinggi buatan Korea yang hanya menggunakan bahan PVC asli, PVC yang digunakan adalah seratus peratus asli dan bukannya dari PVC kitar semula.
Beli di Shopee
tiger vinyl floor

Tiger

Lantai vinyl jenama Tiger juga agak popular di platfom online seperti Shopee & Lazada. Jenama ini juga adalah dari Korea dengan penjualan terus dari kilang dengan ciri kalis air. Ianya sangat fleksibel dan tidak merosakkan lantai apabila digunakan.

Itu sahaja perkongsian cara pasang lantai vinyl kali ini. Semoga bermanfaat.

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down