Cara Pasang Shera Plank Pada Pagar Depan Rumah

6,098 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sebagai pemilik rumah, sudah pasti akan rasa cukup puas hati apabila berjaya melakukan projek DIY dengan cara tersendiri. Walaupun kos yang dikeluarkan boleh dikatakan begitu besar, jika hasil yang diperoleh itu berbaloi, ia sudah cukup memadai buat kita.

Itulah yang dikongsikan oleh lelaki ini yang bernama Muhammad Afiq. Beliau telah menghasilkan pagar privasi di bahagian depan rumahnya dalam masa 3 hari sahaja.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian ini.

Cara Pasang Shera Plank Pada Pagar Depan Rumah

Alhamdulillah, kenyang 3 hari makan habuk.

Memang puas hati dapat buat sendiri. Kos kerugian agak kasar sikit sebab buat banyak. Cuma skru je pakai yang biasa.

Hari pertama selepas barang sampai. Pagar sudah siap di cat hari sebelumnya.

Cara Pasang Shera Plank

Gambar dari tepi rumah sebelah.

Cara Pasang Shera Plank

Lakaran untuk kira ikut size pagar tepi untuk memudahkan kita nak cari berapa besar lubang/gap.

Cara Pasang Shera Plank

Konon-kononnya nak buat size besar bawah, naik kecil ke atas. Tetapi, akhirnya tukar lain sebab size 4" tak ada corak kayu.

Cara Pasang Shera Plank

Lepas potong, kena pasang sementara untuk marking / tanda bahagian atas yang berbentuk seperti itu. Selepas selesai marking, kena buka balik. Ini semua buat pada hari pertama.

Cara Pasang Shera Plank

Pemasangan dilakukan pada bahagian dua belah sebab nak marking dan tanda bahagian atas itu.

Cara Pasang Shera Plank

Beliau guna stick macam kayu aiskrim sahaja untuk buat jarak flank sekata. Idea ini cukup simple dan murah dengan hanya beli dekat Ninso sahaja.

Cara Pasang Shera Plank

Masih hari pertama.

Selepas pemotongan selesai dilakukan, pada waktu malam proses mengecat dilakukan.

Cat tersebut biarkan bertindih pun tak apa sebab ini untuk alas cat yang sebenar sahaja. Jadi, biarkan kering sendiri.

Cara Pasang Shera Plank

Cat ini adalah 5 liter dan berharga RM60. Banyak lagi lebihan selepas digunakan.

Cara Pasang Shera Plank

Beliau berkata, dahulu sewaktu sekolah sibuk sangat nak bercinta. Itu yang matematik tak seberapa power.

Sebab itulah sekali pasang ada gap pada bahagian atas itu agak besar sedikit.

Cara Pasang Shera Plank

Pada hari kedua, cat pun sudah dibeli. 1 liter RM28, warna coklat gelap guna 2 liter dan warna putih guna 1 liter sudah cukup.

Cara Pasang Shera Plank

Proses mengecat dilakukan.

Cara Pasang Shera Plank

Selepas cat, terus pasang sebab sudah tidak sabar nak tengok hasilnya.

Cara Pasang Shera Plank

Ini adalah selepas siap pasang semua, belum sempat kemas kita ambil gambar dulu.

Cara Pasang Shera Plank

Kenapa tak cat semua dengan warna coklat? Sebenarnya saja letak warna putih supaya nampak lebih berseri.

Cara Pasang Shera Plank

Siap juga akhirnya setelah hari ketiga. Ada yang tanya kenapa tak buat menegak?

Rumah beliau tidaklah begitu besar. Kalau buat menegak nanti nampak rumah kurus dan tinggi, sebab itu dibuat melintang biar nampak lebar.

Cara Pasang Shera Plank

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca yang mahu hasilkan projek DIY seperti ini. Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down