Siapa kata perempuan tak pandai dan tidak boleh bertukang? Sebenarnya projek ubahsuai rumah secara DIY ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Seperti yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Ani Saleh, beliau telah melakukan pemasangan wainscotting dan shiplap secara sendiri.
Walaupun ia dilakukan oleh seorang wanita, namun hasilnya cukup menarik dan begitu kemas seperti dilakukan oleh seorang yang pakar.
Ingin lihat cara dan hasil projek DIY ini? Jom terus ikuti dibawah ini.
Buat sendiri sahaja. Dari dinding wallpaper kepada dinding wainscoting dan shiplap.
Alhamdulilah, hasil tangan seorang perempuan.
Bahagian dinding sebelum diubahsuai.
Wallpaper pada dinding ini akan dikopek dan digantikan dengan dinding shiplap.
Proses mengopek wallpaper dilakukan.
Wallpaper selesai dikopek.
Langkah seterusnya, potong kayu shiplap itu mengikut luas kawasan yang ingin dipasang.
Proses pemasangan kayu shiplap dilakukan pada dinding tersebut.
Setelah selesai dipasang, catkan terlebih dahulu dengan warna putih pada layer pertama, selepas itu barulah cat dengan warna pilihan.
Inilah keadaan bahagian dinding setelah selesai dipasang shiplap.
Proses seterusnya pula pemasangan wainscoting pada bahagian dinding sebelah lagi guna wainscoting PVC.
Keadaan dinding setelah pemasangan selesai dilakukan.
Pandangan penuh ruang tamu setelah selesai diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua yang ingin melakukan projek DIY dengan menggunakan kayu shiplap dan wainscoting.
Selamat mendeko.