Cara Tukar Dan Pasang Kipas Ekzos Untuk Sejukkan Bilik

267 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Antara guna aircond ataupun pasang kipas ekzos mana yang lebih berbaloi? Kalau diikutkan pada situasi zaman sekarang memang panas sangat-sangat sampai ramai yang menggunakan aircond. Namun, menggunakan aircond ini mampu meningkatkan bil eletrik berbanding kipas ekzos.

Jika anda tiada bajet untuk aircond mahal-mahal, boleh ambil kipas ekzos untuk diletakkan didalam bilik sendiri. Walaupun kipas ekzos tidak sejuk macam aircond namun ia mampu mengeluarkan haba panas yang terperangkap didalam bilik anda.

Jom kita tengok bagaimanakah untuk pasang kipas ekzos ini dirumah yang dilakukan oleh Azmi Mohamad Noor ini. Beliau pasang kipas ekzos ini didalam bilik ibunya yang panas disebabkan haba panas terperangkap didalam.

Cara Untuk Tukar Dan Pasang Kipas Ekzos Demi Sejukkan Bilik Ibu Yang Panas

Ni ler kerja aku petang tadi. Tukar exzos fan, exzos fan ni aku pasang terbalik, fungsi nak kurangkan panas dalam bilik mak aku. Sebelum ni memang tak ada lubang yang ada kabel elektrik sebab ingat nak pasang penghawa dingin. Cuma ni dah melekat, tak boleh nak berpusing dah. Maklumlah barang murah, exzoz fan ni guna linear bearing, yang mahal biasanya guna ball bearing. Dan kebanyakkan exzoz fan ni tak boleh servise, tak macam kipas angin biasa.

Aku tak guna sebatang skru pun nak ikat badan kipas ni sebab nak kurangkan bunyi, sebab kedua ialah tak nak buat frame. Nak pasang wall plug sukar sebab ruang tak ada. Aku guna expanding foam. Masa nak pasang tadi, jenama panasonic ni tak boleh nak masuk walaupun sais sama 12". Jadi aku ketuk pecahkan simen sikit. Trick guna expanding foam ni kena buat macam aku buat, boleh nenggok gambar, tak buat macam tu nanti kedudukkan kipas akan lari sedikit macam kipas pertama yg aku pasang.

Cara Untuk Pasang Kipas Ekzos Dinding Guna Expanding Foam

Kipas lama yang ni dah rosak. Senget sebab expanding foam ni tolak masa kembang.

Pasang Kipas Ekzos

Kipas ekzos didalam rumah.

Potong guna skru driver aja sebelum buka keseluruhan ekzos ini.

Ketuk sikit bagi bergerak dah boleh tanggal. Ni nanti aku cuba betulkan balik. Letak minyak sahaja.

Pasang Kipas Ekzos

Hasil potong foam yang dah mengeras ini.

Bersihkan foam yang dah lama mengeras ini cuma sikit sahaja bersih tak sepenunya.

Pasang Kipas Ekzos

Ni frame besi, besar sedikit. Tahu sebab tak boleh masuk dalam lubang. Nampak tak lubang skru, kalau tak guna expanding foam kena buat frame dulu baru boleh ikat. Kalau upah orang, nak pasang ni mau 3-4 ratus sebab kerja renyah.

Expanding foam. Beli tak sampai rm10, beli kat shopee. Aku pernah beli kat kedai, lebih dari rm30 tapi lain jenama la.

Lepas sembur, buih tu akan mengembang. Aku kunci dengan letak kayu, ikat cable tie.

Pasang Kipas Ekzos

Jangan risau, buih ni boleh kopek lepas ianya mengeras.

Semua ruang buih ni masuk, kurang gegaran, kurang bunyi.

Pasang Kipas Ekzos

Sebelum ni tak letak penutup sebab kabus tu kembang. Senget kalau pasang.

Pasang Kipas Ekzos

Siap. bunyi ekzos baru ni lagi senyap dari kipas sebelum ni.

Nak rasa cepat sejuk kena buat macam aku buat, nak lambat sejuk kena buat macam biasa. Memana cara pun sama cuma hasil tak sama. Cara macam ni angin luar akan cepat memenuhi ruang, cara biasa lambat sikit sebab ia akan tarik keseluruhan angin panas dalam rumah dulu baru angin dari luar ganti.

Mak aku memang tak nak guna penghawa dingin, jadi nak kurangkan hawa panas ni jer yg aku boleh fikirkan. Dia tak tahan sejuk penghawa dingin nanti kaki dia tarik mengkarung(krem) Kesian sebab dia berkipas guna kadboard memalam, lepas exzos fan ni rosak.

Dah sejuk biasanya dia akan tutup. Bilik ni dah ada kipas siling dan kipas berdiri. Bilik ni memang adik aku buat untuk mak, rumah mak aku kat sebelah. Memalam takut jadi apa² jadi mak aku tido rumah adik, senang nak pantau.

Kredit : Azmi Mohamad Noor

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down