Cara Pengiraan Kos Keseluruhan Pemasangan Lantai SPC

2,715 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pertanyaan yang sering kita dengar kalau nak mencantikkan sesuatu rumah "Berapa ye kos pasang vinyl? Macam-mana ye nak kira kos pasang SPC? RM berapa ye habis? Berapa kotak nak beli untuk lantai luas macam ini?"

Jadi, hari ini Giler Deco nak tunjukkan contoh bagaimana nak tahu kos keseluruhan SPC dan Vinyl terutamanya yang nak beli secara online. Kalau beli terus di kedai mungkin tidak ada masalah, beritahu sahaja panjang x lebar berapa, penjual akan tolong kirakan.

Cara Pengiraan Kos Keseluruhan Pemasangan Lantai SPC Jika Beli Secara Online

Cara Pengiraan:

Pertama, cari corak apa yang kita mahu dan tengok untuk 1 box berapa luas dapat cover. Contoh 1 box ini dapat cover sehingga 20.64 kaki persegi pada harga RM103.20 sekotak.

Kemudian, ukur dapur dengan cara (panjang x lebar). Jadi, untuk rumah ini, setelah dikira dapat 14 kaki panjang x 12 kaki lebar = 168 kaki persegi. Pengiraan belum selesai lagi. Tambahkan 10% sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya tersalah potong, rosak, dan sebagainya.

Pengiraan

168/100 x 10 = 16.8.

Jadi kos keseluruhan keluasan adalah 168 + 16.8 = 184.8 kaki persegi.

Cara Pengiraan Kos Keseluruhan Pemasangan Lantai SPC

Kemudian,

Pengiraan

Bahagi dengan 20.64. 184.8 / 20.64 = 8.95 dan genapkan. Jadi, 9 kotak diperlukan. 9 kotak x 103.20 sekotak = RM 928.80 kos SPC.

Tak termasuk dengan skirting, tak termasuk dengan lapisan PE foam.

Jadi, PE foam layer 2 mm tebal dan boleh cover 500 kaki persegi ialah RM 100. 928.80 + 100 + skirting jika mahu = RM 1300 +- untuk keluasan lantai 14 kaki x 12 kaki.

SPC flooring system tak perlu pakai gam. Dia klik-klik sahaja. Senang. 5mm sedap sangat untuk dipijak + 2 mm PE foam layer.

Cara Pengiraan Kos Keseluruhan Pemasangan Lantai SPC
Cara Pengiraan Kos Keseluruhan Pemasangan Lantai SPC

Tips tambahan dari netizen:

Perlu pertimbangkan aspek di bawah ini sebelum pilih ketebalan SPC.

1) Space bawah pintu lepas atau tidak, sebab ruang bawah pintu biasanya 5 mm je setelah dihitung, lepas ke tak kalau anda nak pakai 5 mm SPC + 2 mm PE foam sudah menjadi 7 mm.

Kalau tidak lepas perlu dipotong. Jadi, ukur dahulu ruang pintu dan baru pilih ketebalan lantai pilihan anda.

2) Termination/end frame/skirting frame kana beli juga kalau di tempat tidak ada dinding, ada drop, nak pasang di dapur sahaja. Ada jenis stainless steel / PVC.

Kalau Upah Orang?

Anggaran harga termasuk barang ( untuk lantai SPC ), aksesori, skirting, PE foam bermula dari RM7 - RM8 sekaki persegi bergantung lokasi/ kualiti/ jenis/ ketebalan.

Kita hanya bayar, mereka akan pasang dan tengok puas hati atau tidak dengan kualiti. Kalau dia cakap 3 mm, sekurang-kurangnya anda tahu tebal macam mana 3 mm itu tidak kira guna cara apa sekalipun.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Kredit: Ben Safwan

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down