6 Cara Penjagaan Perabot Rumah Anda Mudah Dan Senang

987 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau bercerita mengenai dekorasi rumah. Sudah semestinya perabot kayu menjadi pilihan utama. Hal ini kerana, dengan adanya perabot di rumah boleh membangkitkan satu persekitaran yang menarik untuk di lihat.

Namun, untuk melakukan penjagaan perabot, ianya tidaklah semudah yang disangkakan. Tetapi, sekiranya ia sentiasa dijaga, setidaknya akan dapat mengekalkan kualiti dan warna supaya sentiasa berkilat serta tidak mudah rosak.

Jadi, Kali ini Giler Deco mahu berkongsi 6 cara mudah penjagaan perabot rumah supaya sentiasa kelihatan berkilat dan menarik. Jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

6 Cara Penjagaan Perabot Rumah:

Langkah 1: Bersihkan Seminggu Sekali

Pembersihan debu dan habuk pada permukaan perabot kayu adalah di antara cara mudah untuk kita mengekalkan kecantikan dan kualiti perabot rumah anda.

Hal ini kerana, jika debu dan habuk dibiarkan melekat lama, ia mampu merosakkan kayu tersebut. Sebaiknya, gunalah kain kering atau kain lembut yang tidak mudah berbulu untuk mengelap perabot rumah.

6 Cara Penjagaan Perabot Rumah Anda Mudah Dan Senang

Langkah 2: Hindari Sinaran Cahaya Matahari

Cahaya matahari sangatlah penting untuk rumah bagi mengelakkan dari tumbuhnya kulat pada kawasan yang lembab.

Namun, jika perabot kerap terdedah kepada cahaya matahari dengan terlalu lama, maka perabot akan mudah pudar. Seeloknya letaklah perabot di bahagian yang kurang terdedah kepada cahaya matahari.

6 Cara Penjagaan Perabot Rumah Anda Mudah Dan Senang

Langkah 3: Elakkan Letak Barang Panas Tanpa Berlapik

Jika meja makan menggunakan meja kayu, pastikan tidak letakkan mangkuk atau periuk panas secara langsung. Sebaiknya perlu letakkan pelapik dahulu baru letakkan mangkuk panas.

6 Cara Penjagaan Perabot Rumah Anda Mudah Dan Senang

Langkah 4: Gilap Guna Penggilap Kayu

Kelebihan menggunakan penggilap kayu ini bukan sahaja mencantikkan struktur permukaan luar kayu sahaja. Malah, dapat menjaga kualiti kayu dan menjadikan kayu tersebut lebih tahan lama.

Langkah 5: Guna Uncang Teh

Kekurangan bagi yang kerap menggunakan bahan penggilap kayu adalah akan mengubah warna asal perabot.

Bagi memastikan perabot tidak akan berubah walapun menggunakan bahan penggilap, rendam dua uncang teh ke dalam air panas.

Selepas ia sejuk, gunakan kain lembut untuk membersihkan perabot kayu. Hal ini kerana, asid tanik yang terdapat di dalam teh akan membantu membersihkannya dan memelihara keaslian kayu.

6 Cara Penjagaan Perabot Rumah Anda Mudah Dan Senang

Langkah 6: Campuran Air Panas Dan Sabun

Selain dari air teh, campuran air panas dan sabun pencuci pinggan mampu menghilangkan kotoran pada perabot kayu. Namun, pastikan selepas menyental kotoran tersebut, terus lap bahagian itu sehingga kering.

6 Cara Penjagaan Perabot Rumah Anda Mudah Dan Senang

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap tips ini berguna untuk semua dalam menjaga kualiti perabot masing-masing.

Kredit: mstar

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down