Cara Servis Aircond Rumah Seperti Pro

5,631 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Aircond secara asasnya digunakan untuk melembabkan udara di dalam sesebuah ruang di dalam rumah. Selain memberikan keselesaan kepada pengguna, aircond juga bertindak sebagai penapis udara yang bersih. 

Namun begitu, oleh kerana tidak tahu cara servis aircond rumah yang betul, pengguna mungkin tidak akan menikmati kesejukan daripada aircond sekiranya aircond yang digunakan rosak dan tidak berfungsi dengan baik dek kerana tidak melakukan servis secara berkala. Apa gunanya membeli jenama aircond terbaik, jika anda tidak tahu cara menjaganya?

Artikel kali ini akan mengulas tentang cara servis aircond rumah seperti pro. Lebih menarik lagi, anda boleh servis sendiri sahaja aircond di rumah. Langkah-langkah yang disediakan juga amat mudah dan cepat.

Berapa kerap perlu servis aircond?

Anda perlu servis atau menukar elemen-elemen aircond terutamanya penapis sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sekali. Menukar penapis udara di dalam aircond sangat penting untuk mengelakkan penapis tersumbat dengan habuk-habuk dan bendasing lain. 

cara servis aircond rumah
Penapis udara di dalam aircond

Menurut laman web Kaodim , penukaran penapis udara setiap 3 bulan mampu menjimatkan elektrik sehingga 5% ke 15%. Servis yang dilakukan secara berkala juga akan meningkatkan prestasi aircond. Di samping itu juga, aircond lebih susah untuk mengalami kerosakan. 

Apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk servis aircond?

  • Hos
  • Berus
  • Vakum
  • Sarung tangan keselamatan (jika perlu)
  • Minyak pelincir motor

Cara servis aircond rumah seperti pro

  1. Perkara pertama yang harus dilakukan adalah memeriksa gegelung pemeluwap atau dikenali sebagai condenser coil. Cara-caranya adalah seperti berikut:
cara servis aircond rumah
  • Pastikan punca kuasa atau suis aircond telah dimatikan terlebih dahulu.
  • Buka gril pelindung bilah kipas menggunakan skru dan cuci habuk-habuk atau bendasing pada bilah kipas menggunakan berus. Jangan lupa untuk memakai sarung tangan perlindungan sebagai langkah keselamatan.
  • Dengan menggunakan vakum, anda boleh menyedut saki-baki habuk yang masih tertinggal di dalam ruang outdoor unit aircond.
  • Sekiranya anda tidak mempunyai vakum, anda boleh juga menggunakan hos air beserta nozel dan semburkan air secara perlahan ke arah bilah kipas.
  • Jangan tutup sehingga bilah kipas dan elemen lain betul-betul kering.
  1. Sapukan minyak pelincir pada motor aircond untuk mengelakkan karat dan motor tidak tersumbat. Langkah ini juga boleh mengurangkan bunyi bising pada aircond anda. Langkah terperinci adalah seperti berikut:
  • Buka penutup dan tanggalkan bilah kipas dalam unit dalam aircond anda.
  • Motor aircond kebiasaannya berada di belakang bilah kipas tersebut.
  • Lalukan minyak pelincir secara sekata pada motor.
  • Setelah selesai, pasang semua kipas dan tutup seperti biasa.
  1. Sapu juga habuk-habuk dan sesawang di bahagian atas aircond. Pastikan anda sentiasa berhati-hati.

Rupa-rupanya senang sahaja cara servis aircond rumah seperti pro. Anda boleh meluangkan masa hujung minggu anda untuk servis aircond. Sekiranya anda masih memerlukan bantuan, boleh hubungi juruservis aircond yang berhampiran.

Semoga artikel daripada Giler Deco ini bermanfaat dan membantu anda.

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down