Barang Kedai ECO Yang Wajib Dibeli Oleh Setiap Suri Rumah

2,470 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Cakap saja pasal kedai "berhantu" iaitu Kedai ECO 2 ringgit ini pasti seram kan? Mana tak seramnya sebab setiap kali bawa orang perempuan ke sana memang membeli belah sampai tak ingat dunia. Duit juga buat magik hilang setiap kali masuk di situ.

Barang disana tersangat murah terutamanya kepada rakyat Malaysia yang jenis mencari barangan murah tapi berkualiti tinggi. Alang-alang selalu pergi sana, terdapat banyak barang yang wajib anda beli terutamanya kepada suri rumah sepenuh masa di kedai eco ini.

Perkongsian daripada Noor Hafizah ini adalah mengenai barang kedai eco yang wajib anda beli jika anda pergi ke kedai tersebut. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

Barang Kedai ECO Yang Wajib Setiap Suri Rumah Beli Apabila Pergi Ke Kedai ECO

Antara barang pembersih yang wajib dibeli di ECO kedai RM2.12.

Dulu tak obese sangat dengan kedai ini. Tapi sejak selalu pergi dan mula terjebak. Sebab jimat sangat dan barang pun sangat berguna juga.

Senarai Barang Yang Wajib Dibeli

1. Washable Sticky Roll

Sebelum ni kami guna roller ikea tu. Lepas dah jumpa yang ni siap boleh basuh lagi. Rasa lagi jimat kot. Sebab ni benda wajib ada kat rumah.

Fungsinya ialah buang bulu-bulu kecik. Selain itu, boleh juga kutip rambut-rambut kecik or habuk kat karpet kalo malas guna vacuum! ?

2. Plastik Sampah Wangi

Sebelum ni duk beli kat tesco mahai kemain hahaha nasib dah jumpa kat kedai ECO. Memang wangi, kami letak dlm bilik and dapur. Wangi sungguh.

3. Pencuci Tandas

Barang Kedai ECO

Ini adalah untuk cucian mingguan sahaja. Tak sekuat stain remover. Tapi sangat berguna untuk kotoran biasa

4. Wet Tissue

Barang Kedai ECO

Sesuai digunakan untuk lap kotoran pada meja makan atau atas perabot. Mudah kan ?

5. Super TOT Pencuci Lantai

Barang Kedai ECO

Walaupun RM2.12 tapi dia punya fungsi memang berguna. Wangi dan berkilat. Yang penting tak payah nak bilas and tak melekit.

6. Microfibre Cloth

barang wajib beli eco

Cara paling cepat and senang untuk lap habuk dan tak payah pakai bulu ayam bagai untuk bersih lagi habuk pi merata. Guna yang ni paling senang and paling clean. Sarung ja kat tangan pastu lap lah tempat yang berhabuk tu.

7. Stain Remover

Barang Kedai ECO

Sejenis peluntur yang sama dengan clorox. Tuangkan didalam mangkuk tandas dan biarkan 15minit macam tu pastu flush. Tidak perlu gosok hilang segala kotoran huhu. Untuk lantai juga boleh tuang pastu biar sekejap. Baru cuci ye.

Elakkan daripada terkana kena kulit.

Sumber : Noor Hafizah

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down