Cara Tukar Arah Buka Pintu Peti Sejuk Dengan Sangat Mudah

10,033 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sudah pasti ramai lagi yang tidak tahu sebenarnya arah kedudukan pintu peti sejuk ini boleh di ubah. Kadangkala, pintu peti sejuk itu akan terhalang disebabkan adanya peralatan elektronik lain seperti oven dan sebagainya. Kalau nak angkat, sudah pasti memerlukan tenaga yang banyak. Jadi, apa kata ubah arah pintu peti sejuk sahaja.

Perkara tersebut telah dilakukan oleh seorang lelaki yang bernama Zuhri Mohd. Beliau juga telah menunjukkan cara tukar arah buka pintu peti sejuk yang sangat kelihatan mudah untuk dilakukan di akaun Tiktok rasminya itu.

Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti langkah penukaran arah pintu peti sejuk ini.

Cara Tukar Arah Buka Pintu Peti Sejuk Semudah ABC

Arah kedudukan pintu peti sejuk sebelum di ubah.

Cara Tukar Arah Buka Pintu Peti Sejuk

Langkah 1:

Buka braket pada bahagian atas.

Cara Tukar Arah Buka Pintu Peti Sejuk

Langkah 2:

Cabut bahagian tengah dan bahagian bawah.

Cara Tukar Arah Buka Pintu Peti Sejuk

Langkah 3:

Pasang semula tapak kaki tersebut.

Cara Tukar Arah Buka Pintu Peti Sejuk

Langkah 4:

Pasang semula braket sebelah kiri sebab arah pintu itu ingin ditukar ke kanan.

Cara Tukar Arah Buka Pintu Peti Sejuk

Langkah 5:

Cabut pin pada sebelah kanan itu.

Cara Tukar Arah Buka Pintu Peti Sejuk

Langkah 6:

Pin itu pasangkan pada sebelah kiri.

Cara Tukar Arah Buka Pintu Peti Sejuk

Langkah 7:

Pin dialihkan dan dipasang pada sebelah kiri pula.

Cara Tukar Arah Buka Pintu Peti Sejuk

Langkah 8:

Pin ini juga perlu diubahsuai daripada bahagian bawah kepada bahagian atas.

Langkah 9:

Buka pintu pada bahagian tengah.

Cara Tukar Arah Buka Pintu Peti Sejuk

Langkah 10:

Buka pin pada bahagian atas pula.

Cara Tukar Arah Buka Pintu Peti Sejuk

Langkah 11:

Ubah kedudukan braket itu.

Cara Tukar Arah Buka Pintu Peti Sejuk

Langkah 12:

Buka skru yang ada pada bahagian atas itu.

Cara Tukar Arah Buka Pintu Peti Sejuk

Langkah 13:

Setelah semuanya selesai dipasang semula, pasang penutup pada bahagian atas peti sejuk itu.

Cara Tukar Arah Buka Pintu Peti Sejuk

Akhirnya sudah siap, inilah hasilnya setelah peti sejuk ini selesai di ubah arah buka pintunya. Senang sahaja.

Cara Tukar Arah Buka Pintu Peti Sejuk
Cara Tukar Arah Buka Pintu Peti Sejuk
Cara Tukar Arah Buka Pintu Peti Sejuk

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat untuk semua pembaca di luar sana.

Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down