Bahagian dapur kalau tidak diterapkan dengan dekorasi, sudah pasti akan kelihatan suram dan tidak menarik. Untuk menjadikan ruang dapur lebih ceria dan menarik, tidak semestinya memerlukan bajet yang besar. Kadangkala dengan bajet rendah tak sampai RM50 pun mampu menjadikan dapur lebih cantik.
Perkara tersebut telah dibuktikan oleh wanita ini yang bernama @bybellv. Beliau telah menghasilkan dekorasi pada dapur table topnya dengan hanya menggunakan wallpaper sahaja.
Jadi, untuk melihat cara pemasangan dan hasil yang dilakukan, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Keadaan dapur sebelum dipasang wallpaper marble.
Wallpaper sticker ini memang cukup mudah untuk dipasang dan digunakan. Selain digunakan pada table top dapur, ia juga sangat sesuai digunakan pada perabot jenis kayu juga.
Kelebihan dia adalah kalis air, siap boleh cuci, lap dan basuh lagi setelah dipasang.
Coraknya juga tidak terhad, boleh pilih mengikut corak kesukaan anda.
Cara pamasangannya cukup mudah, mula-mula bersihkan dahulu bahagian yang ingin dipasang itu, kemudian lekatkan macam biasa.
Inilah hasil setelah wallpaper selesai dipasang.
Dapur pun kelihatan ceria semula.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat membantu semua pembaca di luar sana menghasilkan dekorasi pada ruang dapur dengan cara bajet. Selamat mencuba.