Dekorasi Dapur Bajet Siap Dipasang Dengan Harga RM2000

6,954 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap keluarga yang baru sahaja berpindah ke rumah baharu pasti banyak perkara yang perlu dilakukan. Antaranya ialah untuk mengemas segenap bahagian rumah dan membuat dekorasi. Antara dekorasi yang paling penting ialah dekorasi dapur yang bajet.

Siapa yang tidak suka kan akan keadaan dapur yang tidak terurus dan tidak kemas ditambahkan lagi perabot yang bersepah. Setiap wanita mesti inginkan dekorasi dapur bajet kelihatan cantik macam yang dilakukan oleh Hanis Sofiah ini.

Habis Sofiah telah berkongsikan dengan kita semua bagaimana untuk membuat dekorasi dapur bajet yang dah siap pasang. Modal juga sangat rendah iaitu RM2000 sahaja. Kalau upah orang, pasti harga akan naik lagi. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

Dekorasi Dapur Bajet Bermodalkan RM2000

Ni saya kongsikan beberapa barang yang boleh dibuat untuk deko dapur bajet ni. Senang sahaja semua dah siap pasang.

Murah pun murah daripada upah orang. Kesemua barang adalah daripada IKEA.

Yang best pasal IKEA, kita boleh buat kabinet dapur idaman mengikut bajet yang kita ada.

Barang-Barang Yang Diperlukan

  • 2 Rak Knoxhult - RM495
  • Gubbarp Handle - RM2.90 x 3pxs = RM8.70
  • Sinki ( Beli kedai biasa ) - RM160
  • Saluran paip sinki - RM10.00
  • Gam - RM10.00
  • Penembak gam - RM9.00
  • Fintorp (Pengetos pinggan) - RM44.90
  • Grundtal - RM49.90
  • Cooker Hood jenama Khind ( Beli di Lazada ) -RM350

Total : RM 1692.50

Jumlah keseluruhan sesemua barang atas itu semua adalah bawah RM2000. Haaaa, Jimatkan? Lagi jimat daripada upah orang. Lagipun sangat senang sebab rak sudahpun siap pasang. Cuma letak jer ditempat yang diinginkan.

Sesetengah ada yang kene pasang sendiri. Memakan masa disitu. Barangan IKEA memang merupakan barangan pilihan terbaik untuk membuat dekorasi dapur bajet ini.

Deko Dapur Bajet Dari Barang IKEA

dekorasi dapur bajet
dekorasi dapur bajet

Ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Diharap anda mendapat inspirasi dan mengetahui cara untuk deko dapur bajet anda semua sama seperti yang dilakukan oleh Hanis Sofiah ini.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber : Hanis Sofiah Kz

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down