Dekorasi Bajet Rumah Sewa Kosong Kepada Rumah Mewah

9,045 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Untuk membeli atau meyewa rumah, ia adalah satu keputusan yang amat sukar dilakukan. Membeli rumah merupakan satu perkara pengalaman yang sangat bermakna bagi sesiapa sahaja.

Walau bagaimanapun, ramai antara kita yang lebih cenderung untuk menyewa rumah disebabkan oleh kos sewa rumah yang rendah, kewangan masih belum stabil dan disebabkan beberapa faktor lain.

Bila menyewa, anda perlu menjaga rumah tersebut seperti rumah sendiri. Jika ingin melakukan dekorasi atau sebarang pengubahsuaian, anda perlu meminta izin dengan pemilik rumah terlebih dahulu. Sama seperti atiqahrazalii yang telah meminta izin daripada pemilik rumah sewanya untuk melakukan dekorasi kepada rumah sewa tersebut.

Jom ikuti perkongsian dari beliau mengenai dekorasi bajet rumah sewa yang telah dilakukannya.

Dekorasi Bajet Rumah Sewa Kosong, Buat Semua Terpikat

Keadaan Rumah Sebelum Dekorasi Dilakukan

Disebabkan rumah ni kosong, jadi bincang dengan husband nak deko bagi cantik dan selesa untuk kami sekeluarga. Alhamdulillah husband setuju! Tunggu apa lagi? Moh ler kita mendeko.

dekorasi bajet rumah sewa

Proses Dekorasi Bajet Rumah Sewa Kosong

Sebelum start deko yang lebih detail, kita cat dinding dan letak tikar getah dulu.

dekorasi bajet rumah sewa

Selepas itu, cat lantai tandas menggunakan cat epoxy. Ramai yang guna cat epoxy ni disebabkan ia memberikan kesan caerah dan licin pada lantai. Harganya pun berpatutan berbancding cat lantai yang lain.

Dah siap pun dekorasi tandas. Tandas cantik, hati pun gembira. Mesti korang pelik kan, kenapa nak deko tandas? Baik gunakan duit tu untuk deko ruang lain.

Ish korang ni. Tandas yang bersih mencerminkan kepribadian diri kita. Jadi dari kebersihan tandas, orang akan menilai tahap kebersihan diri kita. Korang suka ke bila orang cakap, "tuan cantik, tapi pengotor". Mesti tak suka kan. Jadi mulai sekarang terapkan dalam diri untuk sentiasa menjaga kebersihan tandas.

dekorasi bajet rumah sewa

Hasil Akhir Dekorasi Bajet Rumah Sewa

dekorasi bajet rumah sewa
dekorasi bajet rumah sewa

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai dekorasi rumah sewa yang telah dilakukan oleh atiqahrazalii. Semoga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi kepada anda dalam melakukan dekorasi rumah.

Sumber : @atiqahrazalii (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down