Kebanyakkan ramai remaja muda tidak kira lelaki atau perempuan tidak pandai untuk menukar tombol pintu ni dengan diri sendiri. Kalau tombol rosak jer terus panggil orang untuk baiki dan kena bayar upah. Sebenarnya senang sahaja nak tukar tombol pintu ni.
Mengikut perkongsian daripada Ariff Mokhtar ini, sesiapa yang tak pandai untuk menukar tombol pintu ni boleh belajar kerana beliau berkongsikan cara untuk menukar tombol pintu secara DIY sahaja. Hanya memerlukan beberapa barang sahaja untuk membuat diy tersebut.
Tips Menukar Tombol Pintu
Salam, tips D.I.Y kembali lagi, kali ini kami menunjukkan cara untuk menggantikan tombol pintu yang rosak. Benda simple saja, rugi kalau tak buat sendiri. Jika post ini bermanfaat, SHARE lah ye, agar ramai boleh dapatkan manfaat ilmu percuma ini.
Langkah Demi Langkah Untuk Menukar Tombol Pintu Ini
Barang² yang diperlukan adalah tombol pintu (beli dekat MR DIY murah RM 8 sahaja) dan skrew driver.
STEP 1
Tekan punat tersebut dengan pencungkil yang disediakan bersama tombol baru, dan tarik tombol.
STEP 2
Tanggalkan cover tombol dan unscrew pelapik tombol.
STEP 3
Seterusnya tarik tombol keluar sepenuhnya.
STEP 4
Ulangi step 1 pada tombol baru untuk keluarkan kepala tombol.
STEP 5
Step 5 rumit sedikit, masukkan cangkuk pintu (1) ke dalam lubang sisi tombol (2).
Pastikan kemasukan kemas dan mencengkam tombol. Jika tidak, tombol tak boleh di pulas.
STEP 6
Part rumit dah settle, sekarang skrew balik penutup dan cover tombol.
Done! Mudah saja tanpa perlu habiskan beratus pada repairman.
Kredit : Ariff Mohtar