Wainscoting boleh dikatakan sangat popular dan cukup dikenali pada masa kini. Apa yang membuatkan wainscoting begitu popular disebabkan konsep dan corak yang dihasilkan pada dinding dapat menjadikan suatu ruang tersebut lebih kelihatan ceria dan menarik.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Fairuz Ghani. Beliau juga telah berkongsi cara hasilkan wainscoting dinding pada ruang tamu rumah guna kayu bunga sahaja.
Bagi mengikuti dengan lebih lanjut, jom teruskan bacaan dibawah ini.
My diy wainscoting.
Kayu beli sendiri dekat hardware. Potong sendiri pakai gergaji biasa sahaja. Nama kayu ini kayu bunga. Yang kecil harga dalam rm6 (7 kaki). Yang besar dalam rm12 (8 kaki).
Gam yang digunakan adalah max bond hardware.
Cat yang digunakan adalah cat Jotun.
Tips and tricks kalau nak buat:
1) Ukur dinding yang nak buat.
2) Lukis design macam mana nak buat kat kertas dan kira berapa kaki estimate kayu nak pakai
3) Pergi kedai hardware area umah anda yang ada jual kayu advisable hardware yang besar. (Kalau susah nak keluar boleh beli di lazada.
Barangan Yang Digunakan :
Untuk design berbentuk kotak itu, hujung kayu kena serong. Potong serong ke dalam. Ambil satu kayu dan potong pendek sahaja untuk buat penanda.
Hujung kayu itu gariskan guna pensil dahulu. letak kayu penanda macam huruf T dekat hujung itu dan garis lebar kayu penanda itu. Lepas itu, garis serong ke dalam.
Warna cat yang digunakan.
Keadaan dinding yang telah selesai diubahsuai pada waktu siang.
Keadaan pada waktu malam. Nampak lembut dan lebih tenang.
Kos keseluruhan dalam RM800. Namun, jika mahu lakukan seperti ini, untuk harga juga bergantung pada kedai hardware itu jual berapa ringgit kayu itu.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.