7 Inspirasi Dapur Hitam Putih Yang Versatil

1,805 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Warna hitam dan putih atau monokromatik menjadi pilihan ramai suri untuk menghiasi dapur mereka.

Konsep warna dapur hitam putih ini sentiasa evergreen, maka anda tidak perlulah untuk sentiasa menukar warna dapur kerana mengikut trend.

Untuk padanan warna yang selamat, jadikan warna putih sebagai dominan dan percikan warna hitam pada sudut tertentu seperti counter top dapur sebagai warna sekunder dapur anda.

Pro Tips

Anda harus cermat jika menggunakan warna hitam sebagai warna counter top kerana kesan tumpahan air atau debu lebih mudah terlihat berbanding permukaan dapur yang berwarna cerah.

Namun, jika anda sukakan kelainan dan identiti tersendiri, tidak salah untuk mencuba kabinet hitam dan table top atau counter top putih. Dapur anda akan kelihatan lebih dramatik dan kemas.

Kombinasi warna hitam dan putih merupakan gabungan yang versatil. Ia boleh kelihatan moden, tapi pada masa yang sama mungkin tersuai dalam ruang waktu tertentu.

Sebagai finishing, anda boleh menambahkan elemen kekayuan untuk mewujudkan suasana dapur yang tenang, manakala marble atau batu marmar pula menjadikan dapur anda tampak elegan. Jika anda sukakan konsep industrial, bolehlah memilih untuk memadankan dapur hitam putih anda dengan elemen besi.

Selain itu, anda juga perlu bijak menambahkan percikan warna yang bersesuaian dengan mood yang anda inginkan. Sebagai contoh, untuk suasana dapur yang ceria pilihan aksesori atau backsplash berwarna terang dan berani merupakan padanan yang sesuai. Namun, untuk suasana dapur yang menenangkan, pilihan warna-warna pastel atau neutral merupakan opsyen terbaik.

5 Inspirasi Dapur Hitam Putih

1

Moden dan elegan

Kabinet hitam di dapur ini nampak gah apabila dipadankan dengan kitchen island diperbuat daripada marmar. Tambahan pula task lighting yang dipasang pada kabinet menambahkan suasana elegan di dapur.

2

Backsplash warna senada

Dapur berkabinet hitam ini pula tampak menyerlah dengan pemilihan backsplash berwarna monokromatik. Aksesori dan bahagian atas dinding berwarna putih memberikan keseimbangan kepada keseluruhan dapur tersebut

3

Lantai Checker

Lantai checker dipadankan dengan kabinet dan dinding hitam putih mewujudkan suasana retro bagi penggemar konsep sebegini. Ditambah pula dengan pengunaan shiplap pada dinding dan pintu kabinet, menjadikannya dapur tampak menenangkan.

4

Tonjolkan kemewahan

Penggunaan pemegang pintu pada kabinet daripada warna keemasan memberikan suasana mewah kepada pemilik rumah. Diserikan pula dengan backsplash bercorak dan open shelf menampakkan ruang dapur yang luas dan selesa.

5

Dekat dengan alam

Tambahan elemen kayu pada counter top dan top shelf menjadikan kombinasi hitam putih yang sebenarnya agak bold, kelihatan lebih lembut dan mesra alam.

Apakah warna cat dinding yang sesuai untuk dapur hitam putih?

Kelabu
Warna kelabu muda sangat sesuai jika putih merupakan warna dapur anda yang dominan. Sekiranya anda mempunyai dapur yang luas dengan konsep dapur terbuka, warna kelabu tua akan memberikan suasana yang sofistikated kepada ruang dapur anda.

Putih
Dapur anda kecil? Tak ada masalah jika anda nakkan dapur hitam putih. Pilihan warna putih pada dinding akan menampakkan dapur anda lebih luas dengan pencahayaan yang lebih baik.

Hijau
Warna hijau lembut juga sesuai dipadankan dengan dapur monokromatik kerana warnanya akan menaikkan seri kepada skema warna monokromatik yang anda pilih.

dapur hitam putih dinding kelabu
Inspirasi warna dapur hitam putih berlatarbelakangkan dinding kelabu. Kredit: Pinterest
dapur hitam putih dinding hijau
Inspirasi warna dapur hitam putih berlatarbelakangkan dinding hijau. Kredit: Pinterest

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down