Dapur Rumah Kelihatan Kecil? Lakukan Makeover Dapur Open Concept

109,883 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Stail dapur open concept ini ataupun dikenali sebagai dapur konsep terbuka ini amatlah jarang dilakukan dinegara kita. Semuanya adalah daripada luar negara. Kelebihan konsep seperti ini adalah ideal untuk mencari barang namun sisi lain semua barang akan dapat dilihat.

Tapi ini tidak menghalang Atam Ayu yang berjaya mempraktikkan dapur open concept di rumahnya dan hasilnya kemas tip top. Pastikan dapur ini sentiasa kemas dengan meminimumkan barang dapur dan mempunyai tempat khas untuk meletakkan barang dapur.

Pastikan juga anda mempunyai sistem penyusunan barang yang sistematik seperti bekas,rak atau almari yang mempunyai corak yang serasi supaya tidak nampak hodoh. Jom kita tengok perkogsian daripada Atam Ayu.

Dapur Rumah Kelihatan Kecil? Lakukan Makeover Dapur Open Concept Agar Nampak Luas

1. Rak Hyllis dari Ikea untuk meletakkan barangan.

Dapur Open Concept

2. Setiap barang ada bekas khas dengan tema yang sama

3. Rak ada lampu kecil menggunakan bateri untuk mudahkan cari barangan, beli di kedai Eco

Dapur Open Concept

4. Table top tanpa kabinet, tapi ditutup dengan langsir dapur. Boleh beli di Shopee

5. Bahagian bawah singki, tetap tersusun walaupun tak nampak di pandangan

6. Penyangkut kuali dan periuk di bawah singki

7. Bar kaunter buat sendiri saja

Dapur Open Concept

8. Tema warna ringkas, hitam dan putih

Dapur Open Concept

Pandangan dari depan

Dapur Open Concept

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco hari ini. Semoga anda dapat inspirasi dan juga mengetahui cara untuk makeover dapur anda menjadi dapur "open concept". Semoga berjaya semua.

Sumber : Atam Ayu

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down