Deco Dapur Berserabut Berkonsepkan Minimalis Simple

7,160 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dapur yang kelihatan berserabut dan kurang kemas tidak semestinya akan kekal kelihatan sebegitu. Jika diterapkan sedikit dekorasi, sudah pasti ianya akan tampak lebih mewah dan cukup elegan.

Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Ummi Kitin Pak Tam. Setelah beliau melakukan sedikit deco pada bahagian dapur rumahnya, ruang tersebut terus kelihatan seperti baru.

Keadaan dapur sebelum ini agak berserabut disebabkan oleh bilik jahitnya dilakukan renovasi semula sehingga tiada masa untuk beliau kemaskan dapur rumahnya buat sementara waktu.

Untuk melihat hasil deco yang dihasilkan boleh teruskan bacaan di bawah ini.

Deco Dapur Berserabut Berkonsepkan Minimalis Simple

Assalamualaikum.

Lama sudah tak kongsi dapur ummi sebab sibuk. Sebulan yang lepas macam ini la dapur Ummi, sangat serabut gara-gara bilik jahit Ummi kena bedah.

Alhamdulillah, Hari ini sudah kemas baru la mood masak pun datang balik, deco dapur Ummi simple sahaja. Ummi suka ruang yang lapang.

Hitam Putih Warna Kehidupan.

Keadaan ruang dapur sebelum dideco. Ianya kelihatan agak berserabut pada ketika ini.

Deco Dapur Berserabut

Kos dapur dengan hood itu lebih kurang RM5K, brand yang digunakan adalah Fotile.

Deco Dapur Berserabut
Deco Dapur Berserabut
Deco Dapur Berserabut
Deco Dapur Berserabut
Deco Dapur Berserabut

Bahagian ruang makan.

Deco Dapur Berserabut

Kabinet ini ditempah, bahagian bawah 20 kaki dan bahagian
atas 26 kaki bermodalkan kos dalam RM15K. Ianya tidak termasuk set Fotile dan peti sejuk.

Deco Dapur Berserabut

Ruang tempat simpan rempah ratus.

Deco Dapur Berserabut

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada semua pemilik rumah yang mahu hasilkan dekorasi seperti ini.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down