Upgrade Ruang Solat Buat Mak Dan Ayah Dengan Deco Ala Kadar

Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Boleh dikatakan tidak ramai dikalangan kita yang menyediakan ruang khas untuk dijadikan tempat solat dan beribadah. Biasanya pemilik rumah hanya menggunakan bilik tidur sahaja untuk dijadikan ruang solat. Namun, jika rumah lama itu masih di diami oleh orang tua kita, apa kata kita cantikkan semula dengan konsep yang lebih kemas dan bersih supaya mereka selesa untuk solat dan beribadah.

Untuk menghadap sang pencipta kita iaitu Allah S.W.T, apa yang paling penting adalah pastikan ruang itu sentiasa bersih dan berkeadaan baik. Kalau nak lagi afdhal, sediakan ruang khas buat diri kita dan ibu bapa kita untuk beribadah.

Perkara tersebut telah dilakukan oleh wanita ini yang bernama Syahirah Mohamad. Beliau telah melakukan penambahbaikan terhadap ruang yang lusuh dan ditukarkan kepada ruang solat buat emak dan ayahnya.

Jom kita lihat hasil yang dilakukan sebelum dan selepas ruangan ini diubahsuai.

Upgrade Ruang Solat Buat Mak Dan Ayah Hanya Guna Barang Online

Projek upgrade ruang solat dekat rumah mak ayah.

Deco ala kadar je dulu ,barang semua beli online. Barang deco nak best kena pilih depan-depan.

Kain langsir beli kain jersey je dulu, nak beli kain blackout online tak berani takut warna tak sama macam dalam gambar.

Keadaan ruang ini sebelum diubahsuai. Ia akan ditukarkan menjadi ruang solat.

Upgrade Ruang Solat

Inilah rupa ruang ini selepas berjaya diubahsuai menjadi ruang solat buat mak dan ayah.

Upgrade Ruang Solat
Upgrade Ruang Solat
Upgrade Ruang Solat

Bahagian dinding kelihatan kotor dan lusuh.

Upgrade Ruang Solat

Ini pula keadaan bahagian dinding selepas dicat semula.

Upgrade Ruang Solat

Sangat cantik dan begitu kemas ruang ini setelah ubahsuai dilakukan. Diharap dapat memberi inspirasi buat pembaca di luar sana dalam menghasilkan dekorasi pada rumah ibu-bapa.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down