Deco Bajet Bilik Tidur Hanya Bermodalkan Bawah RM20k

8,348 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Memiliki bilik yang cantik dan kemas memang menjadi impian setiap orang. Dengan memiliki bilik tidur yang kemas, ia dapat memberikan keselesaan kepada kita untuk tidur dan beristirehat setelah seharian penat bekerja.

Bagi memastikan bilik tidurnya lebih selesa untuk digunakan, wanita ini yang bernama Eida Ilham dan suaminya telah menghasilkan satu projek deco bajet "green bedroom" hanya bermodalkan bawah rm2k sahaja.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.

Deco Bajet Bilik Tidur Hanya Bermodalkan Bawah RM2K

Hias bilik tidur dengan bajet tak lebih RM2k.

Ya, dua ribu sahaja dan semua barang beli di Shopee kecuali cat, tilam dan shelves. Harga dan nama kedai ada disertakan sekali di bawah ini.

Asalnya terjumpa gambar bilik tidur lawa itu dekat Pinterest. Terus berkenan. So cikda mulakan projek Green Bedroom dengan mencuci mata di Shopee. Tambah satu persatu masuk cart. Tak dapat tiru barang yang sama, yang seakan sama pun tak apalah. Janji ada kan?

Gambar Pinterest yang digunakan sebagai sumber rujukan dan inspirasi.

Deco Bajet Bilik Tidur

Keadaan bilik asal. Barang-barang sudah dibawa keluar, bilik ini tak banyak perabot pun. Ada katil, wardrobe dan vanity mirror dekat tempat berdiri ambik gambar ini.

Deco Bajet Bilik Tidur

Ini adalah semasa proses cat dimulakan. Warna hijau ini sangat cantik. Dalam gambar nampak lain pula.

dekorasi bilik tidur

Waktu malam pun mereka buat kerja mengecat. Siap terus sekali harung sahaja mereka lakukan.

dekorasi bilik tidur

Kemudian, rak dinding dipasang menggunakan kayu tanpa disyelek. Seterusnya, aktiviti menyusun pokok palsu dan sangkar belalang.

dekorasi bilik tidur

Hasil ubahsuai bilik utama, tak sama tapi boleh la nak dibandingkan dengan rupa asal. Cuma langsir itu, senteng sedikit.

dekorasi bilik tidur

Semua barang dibeli dari Shopee. Penggunaan cadar putih disebabkan mahu menjadikan konsep seperti hotel.

dekorasi bilik tidur

Gambar sewaktu lampu utama ditutup dan lampu kecil dibuka.

Bilik sudah boleh guna untuk tidur.

Paling senang nak pasang. Tak perlu apa-apa peralatan pertukangan. Cuma perlu diri yang kuat sebab berat jugak ni. Kena angkat 2 orang.

Barangan Shopee yang digunakan: 

Bed Frame : https://shope.ee/A9hcS7u533

Cadar best dan sangat selesa.

Bed sheet : https://shope.ee/7pJhftoDWI

Deco Bajet Bilik Tidur

Langsir ini kain tebal, jahitan kemas: https://shope.ee/VX6wTs2TJ

Deco Bajet Bilik Tidur

Lawa lampu ini. Boleh adjust brightness dia: https://shope.ee/9elLrNmjDN

Deco Bajet Bilik Tidur

Simple, comel dan mudah dipasang meja drawer ni: https://shope.ee/6KUttKXPdJ

Deco Bajet Bilik Tidur

Pokok ini murah dan sangat ringan. Kena kepak-kepak sikit daun dia itu nak bagi cantik.

Pokok hiasan: https://shope.ee/A9hcSPiLCK

Deco Bajet Bilik Tidur

Lampu ini kena sambung dengan point api eletrik. Bukan pakai bateri.

Link Shopee: https://shope.ee/6UoK5j8Dab

Deco Bajet Bilik Tidur

Bench ini kukuh. Senang nak pasang kaki dia.

Link Shopee: https://shope.ee/5zs3UqmdVY

Deco Bajet Bilik Tidur

Karpet ini lembut. Best pakai.

Link Shopee : https://shope.ee/89wY4si3ay

Deco Bajet Bilik Tidur

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down