Seorang ayah sanggup melakukan apa sahaja yang diminta oleh anaknya bagi memastikan anak-anak sentiasa gembira dan ceria. Itulah yang dilakukan oleh lelaki ini yang merupakan seorang ayah bernama Iwe Syazwan.
Beliau berkata, sebelum ini projek tertangguh disebabkan sedang mencari kekuatan. Punyalah Lisa, anaknya itu ‘menyanyi’ setiap hari minta bilik bertemakan istana pink.
Ingin melihat bahagainya projek ini dihasilkan? Boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Name by Lisa. Sweat by Ayah.
Dear Lisa, ayah finally made it. Istimewa untuk anak dara yang sudah lebih 30 tahun ayah tunggu dalam hidup.
Kalau ada yang nak pm nak upah buat, mohon batalkan niat anda. It took me 2 exhausting days nak siapkan benda alah ni and i definitely wont repeat it.
Bahagian dinding yang akan dihasilkan dekorasi.
Inilah Lisa dengan senyuman yang cukup ceria setelah permintaannya ditunaikan oleh ayahnya.
Inilah hasil yang berjaya dilakukan pada bilik tidur anak daranya itu. Tahniah diucapkan kepada ayahanda yang bertungkus lumus menyiapkan bilik seperti yang diminta oleh anaknya Lisa. Kami dari Giler Deco berharap semoga Lisa akan ingat pengobanan ayah yang tidak terhingga dilakukan oleh seorang ayah sampai bila-bila.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana.