Transformasi Rumah Teres Terbiar Bermodalkan RM100K

24,907 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah teres terbiar ini kadang-kadang kalau dilakukan beberapa ubahsuai atau juga transformasi pastinya akan cantik dan nampak menarik. Jika dibiarkan begitu lama sangat, rumah tersebut pasti akan dinaikki beberapa pokok atau lalang yang akan menjalar keseluruhan rumah tersebut.

Apabila berlakunya sebegitu, rumah terbiar tersebut akan kelihatan seperti rumah hutan atau rimba. Daripada dibiarkan begitu sahaja, seorang lelaki bernama Zizan Dee Jan telah membeli satu rumah yang hampir 20 tahun terbiar dan telah melakukan transformasi terhadap rumah tersebut.

Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda semua beberapa gambar transformasi rumah teres terbiar yang dilakukan oleh Zizan Dee Jan ini.   Jom kita hasil tengok perkongsian daripada beliau ini.

Transformasi Rumah Teres Terbiar Hampir 20 Tahun Bermodalkan RM100K

CINTA PANDANG PERTAMA

Biaq buruk di mata orang, janji cantik menawan di hati abang jijan. Hampir 20 Tahun rumah ni owner tak jengok langsung.

Alhamdulillah. Finally siap semuanya hari ni. Dari rumah yang orang lain tak nak beli, aku beli dan buat reno sikit sikit. Yang penting puas hati aku sendiri.

Gambar Keadaan & Pembersihan Rumah Teres Terbiar

Inilah dia rupa rumah teres tersebut yang terbiar hampir 20 tahun oleh owner. Sekarang belakang rumah dah jadi hutan sebelum beli lagi.

Transformasi Rumah Teres Terbiar

Pokok pun dah menjalar kedalam rumah. Betul-betul terbiar lama sangat ni.

Proses menebang pokok yang tidak diingini.

Transformasi Rumah Teres Terbiar

Lepas tebang barulah nampak sedikit bentuk rumah.

Keadaan pokok atau akar yang menjalar kedalam rumah ini. Seram pun ada bila tengok ni. Akar pun boleh kira besar juga.

Transformasi Rumah Teres Terbiar

Proses membuat akar-akar yang menjalar.

Hasil selepas membuat pokok dan akar yang telah lama tumbuh dirumah ini.

Sedikit kerja pembesihan didalam rumah teres tersebut.

Transformasi Rumah Teres Terbiar
Transformasi Rumah Teres Terbiar

Bahagian hadapan rumah teres tersebut.

Transformasi Rumah Teres Terbiar

Gambar Selepas Transformasi Rumah Terbiar

Selepas penat lelah membuat proses renovate dan transformasi rumah teres terbiar ini, inilah rupa rumah sekarang.

Transformasi Rumah Teres Terbiar

Rupa keadaan bahagian hadapan rumah teres.

Dalaman rumah ini telah pun dilakukan pelbagai kerja antaranya ialah mengecatm memasang tiles dan juga membaiki apa jua kerosakkan rumah ini.

Transformasi Rumah Teres Terbiar
Transformasi Rumah Teres Terbiar

Bahagian dapur yang simple dan kecil.

Transformasi Rumah Teres Terbiar

Keadaan bilik air yang baharu.

Transformasi Rumah Teres Terbiar

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Semoga anda mendapat inspirasi jika ingin melakukan renovasi dan transformasi rumah terbiar. Semoga bermanfaat untuk anda semua

Sumber : Zizan Dee Jan

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down