Sudah menjadi lumrah buat suri rumah ingin memiliki dapur yang kelihatan cantik dan mewah. Sudah pasti apabila memiliki dapur yang cantik, ia akan menaikkan lagi semangat untuk melakukan aktiviti di dapur.
Konsep rumah ini sebenarnya lebih kepada gaya kampung sahaja. Namun, itu bukanlah menjadi satu kekangan buat pemilik rumah ini untuk menukarkan dapur ini kepada satu konsep baru yang menarik.
Ubahsuai dapur ini telah dikongsi oleh wanita yang bernama KamaLia Karmila. Beliau telah menghasilkan deco dapur kampung yang sangat kelihatan elegan.
Untuk melihat bagaimana perubahan yang dilakukan ini, jom sama-sama kita ikuti perkongsian ini.
Dari dapur sebuah rumah kampung. Kita makeover supaya lebih selesa.
Keadaan dapur jenis kampung sebelum proses ubahsuai dilakukan dengan gaya baru.
Keadaan ruang makan sebelum diubahsuai.
Keadaan ruang dapur dan ruang makan selepas diubahsuai.
Pandangan dari sudut lain bahagian dapur rumah ini.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap dapat memberi sumber inspirasi kepada mereka yang mahu mencantikkan lagi dapur lama rumah masing-masing.
Semoga bermanfaat.