Dapat memiliki rumah sendiri yang berjaya dibeli atas hasil usaha dan penat lelah bersama pasangan memang hanya satu perasaan sahaja boleh digambarkan. Iaitu teruja.
Siapa yang tidak seronok apabila dapat tinggal di rumah sendiri. Apa yang penting adalah dapat memberi keselesaan kepada keluarga kecil kita sudah memadai.
Itulah perasaan yang dapat digambarkan oleh wanita ini yang bernama Yasmin Aliassss. Setelah mendapat kunci, beliau dan suami terus deco rumah pertama baru dibeli itu supaya lebih menarik dan cantik.
Jom kita lihat gambar keadaan sebelum dan selepas rumah ini diubahsuai.
Inilah rupa bahagian dalaman rumah semasa pertama kali masuk.
Setelah mendapat kunci, terus beliau hasilkan renovasi pada ruang tamu secara bajet.
Kemudian, projek makeover diteruskan pada bahagian dapur pula.
Setelah kesemuanya selesai dihasilkan, projek terusnya pula adalah dengan mengecat bahagian dinding pula.
Cara mengecatnya cukup mudah, hanya tindih sahaja pada cat asal dengan menggunakan cat jenama Jotun majestic true beauty sheen. Fungsinya adalah dapat menjadikan dinding lebih berkilat.
Projek deco rumah ini sudah hampir siap.
Barang dan perabot yang digunakan dibeli secara online sahaja.
Keadaan bahagian dapur setelah selesai diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap ianya dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana yang baru memiliki rumah sendiri.
Semoga bermanfaat.