Tinggal di rumah sewa bukanlah menjadi isu untuk mengabaikan keadaan persekitaran dan sekeliling rumah itu. Hal ini kerana, rumah sewa juga berhak untuk di deco dengan gaya yang cantik dan kemas.
Lagi-lagi jika pemilik rumah tersebut boleh bertolak ansur dan membenarkan untuk kita deco rumah sewa tersebut. Apa kata manfaatkan sepenuhnya dengan menukarkannya kepada gaya baru yang lebih menarik.
Itu yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Erina Fayraa. Setelah di izinkan oleh pemilik rumah, beliau terus mendeco rumah sewa lama itu menggunakan barangan yang dibeli secara Online.
Jom ikuti perkongsian yang menarik ini.
Hai assalamualaikum semua.
Saja nak share rumah sewa kita. Sewa je bukan rumah sendiri tapi kita nak jaga macam rumah sendiri sebab kita nak duduk lama sampai anak tiga laki kita cakap.
Terima kasih sudi tengok hasil kerja kita yang tak seberapa ni.
Keadaan ruang tamu yang sudah dibersihkan. Semua ubahsuai dilakukan secara DIY sahaja disebabkan kekurangan bajet.
Alhamdulillah, pemilik sangat baik. Hasil ubahsuai ini akan ditolak daripada sewa rumah. Banyak yang kena baiki sebab lama tidak berpenghuni.
Dapur sebelum diubahsuai agak suram.
Bahagian ruang tamu tingkat atas, terlalu banyak barangan yang perlu dibuang.
Keadaan bilik sebelum ini.
Keadaan bilik apabila sudah siap cat dan flooring. Tetapi, sudah mula naik fungus sebab silap beli cat. Tak apalah, pakai dahulu sebab jadi corak-corak pada simen macam itu nampak agak unik.
DIY wainscoting sendiri sahaja. Petak-petak itu frame kedai Eco. Bingkai tengah guna kayu wainscoting.
Ruang tamu bawah yang sudah di cat.
Ruang tamu tingkat atas selepas diubahsuai, ia dijadikan tempat lepak, tempat makeup dan segala tempat dekat sini.
Mula-mula letak sofa depan tv. Namun sebab macam panas tak kena kipas, ia diubah semula.
Pada bahagian ruang makan ini, ingat nak letak cermin IKEA banyak-banyak dekat situ. Tetapi, pada esoknya habis jatuh berkecai satu-satu. Terus tak jadi letak.
Dapur masih lagi dalam proses ubahsuai dengan mengecat semua kembali.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap bermanfaat untuk semua pembaca.