Deco Rumah Kuaters PDRM Gaya Simple

9,250 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tinggal di rumah kuaters, sudah menjadi kebiasaan bagi pasangan yang bekerja sebagai polis. Kebiasaan mereka yang tinggal di rumah kuaters PDRM tidak mementingkan deco sangat kerana mereka hanya tinggal disitu sementara sahaja.

Walaupun hanya tinggal di rumah kuaters PDRM sahaja, itu semua bukanlah menjadi penghalang untuk wanita ini yang bernama Cik Laffmanja dan pasangannya untuk menghasilkan deco pada syurga kecilnya itu. Deco rumah yang dilakukan itu sangat cantik dan menarik walaupun konsep yang digunakan adalah simple sahaja.

Jom sama-sama kita lihat keadaan sebelum dan selepas rumah ini didekorasikan.

Deco Rumah Kuaters PDRM Gaya Simple

Alhamdulillah.

Walaupun deco simple tapi dah cukup buat hilang penat lelah bekerja tiap kali buka pintu rumah. Biarlah hanya kuarters. Tetap tempat berteduh kami sekeluarga . Untuk itu saya cantikkan amanah yang diberi.

Deco kuarters PDRM.

Keadaan ruang tamu rumah kuaters ini semasa proses ubahsuai sedang dilakukan.

Deco Rumah Kuaters PDRM
transformasi rumah kuaters pdrm

Keadaan ruang tamu dan ruang makan selepas proses ubahsuai selesai dilakukan. Langsir juga ditukar yang baru supaya ianya kelihatan lebih cantik.

transformasi rumah kuaters pdrm

Pandangan penuh ruang tamu ini selepas diubahsuai.

transformasi rumah kuaters pdrm

Bahagian tingkap di deco dengan cukup lawa.

deco rumah kuaters pdrm

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca diluar sana dalam cuba untuk deco rumah yang disewa. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down