Rumah sewa adalah rumah sementara yang kita duduki. Salah satu faktor untuk yang menyebabkan kita menyewa adalah kerana tidak mempunyai bajet cukup untuk membina atau rumah sedang dalam pembinaan.
Jadi, menyewa adalah jalan terbaik. Walaupun itu hanyalah rumah sewa, ianya juga layak di deco seperti rumah sendiri untuk keselesaan keluarga kecil kita.
Perkara tersebut telah dikongsikan oleh seorang wanita yang bernama Nurr Ayienn. Beliau telah menunjukkan hasil dekorasi rumah yang disewanya itu tanpa perlu pecahkan dinding.
Jadi, jom ikuti perkongsian menarik ini.
Assalamualaikum Semua.
Saya just nak share untuk semua, mana tahu dapat idea. Rumah sewa pertama kami, kecik dan comel sahaja. Dalam masa 3 bulan kami laki bini berdua siapkan semuanya. Gigih betul!
Alhamdulillah, beli sikit-sikit and everything saya rasa dah cukup complete! Deco kami simple and modern sahaja. Cantik tak ? Since rumah sewa, tak bolehlah kami suka-suka hati nak renovate. Kami banyak beli barang dekat SSF, Romantika, Kaison, Ikea, Shopee, dan ada juga yang custome made.
For now, kami share dapur dan ruang tamu dulu. Insyallah bila kedua-dua bilik siap (baru 80% siap) kita share sekali dengan mini garden saya depan rumah.
Keadaan ruang tamu ketika mula memasuki rumah sewa ini.
Ruang tamu selepas di deco.
Dibawah ini senarai barangan terdapat di Shopee yang hampir sama digunakan untuk deco rumah :
Ruang dapur sebelum di deco.
Keadaan ruang dapur selepas di deco.
Ruang makan sebelum di deco.
Ruang makan selepas di deco.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga dapat memberi idea kepada semua pembaca dalam cuba untuk deco rumah sewa. Semoga bermanfaat.
Â