Ubahsuai Halaman Rumah Jep Sepahtu Berkonsepkan Mini Par Garden

19,949 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau sebut sahaja nama pelawak terkenal iaitu Jep Sepahtu, boleh dikatakan hampir satu Malaysia cukup mengenalinya. Selain dari memiliki bakat dalam bidang lawak, beliau juga merupakan seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab dan cukup mementingkan keadaan rumah yang cantik dan menarik.

Bagi memastikan bahagian halaman rumahnya kelihatan hidup dan fresh, beliau telah mengupah pakar dekorasi halaman rumah yang cukup terkenal dikalangan artis Malaysia iaitu @TheHutans.

Untuk melihat proses dan hasil dekorasi landskap yang dilakukan, boleh teruskan bacaan di bawah ini.

Ubahsuai Halaman Rumah Jep Sepahtu Berkonsepkan Landskap

Ini adalah keadaan halaman rumah sebelum ditukarkan kepada konsep baru yang lebih fresh.

Ubahsuai halaman rumah jep sepahtu

Rumput asal dibuang dan kemudian disimen.

Ubahsuai halaman rumah jep sepahtu

Selepas itu, setelah simen sudah kering dan mengeras, proses seterusnya pula adalah memasang rumput karpet.

Ubahsuai halaman rumah jep sepahtu

Pada bahagian ini dihasilkan padang golf mini.

Ubahsuai halaman rumah jep sepahtu
Ubahsuai halaman rumah jep sepahtu

Dekorasi pada bahagian pagar rumah ini setelah selesai di deco.

Ubahsuai halaman rumah jep sepahtu
Ubahsuai halaman rumah jep sepahtu

Pada bahagian luar pagar pula, rumput yang tumbuh panjang dipotong supaya kelihatan kemas.

Ubahsuai halaman rumah jep sepahtu

Pada bahagian pokok hidup ini akan dipasang rumput karpet dan batu-batuan sebagai hiasan penyeri.

Ubahsuai halaman rumah jep sepahtu

Hasil dekorasi pada bahagian pokok itu tadi.

Ubahsuai halaman rumah jep sepahtu

Pada bahagian keliling dinding rumah, pasu diletakkan.

Ubahsuai halaman rumah jep sepahtu

Komen Jep setelah halaman rumahnya selesai dilakukan.

Ubahsuai halaman rumah jep sepahtu

Beliau sangat berpuas hati dengan hasil kerja The Hutans. Dateline yang diberikan olehnya berjaya disiapkan mengikut tarikh tersebut.

Selain itu, dari segi kekemasan pula, beliau langsung tidak risau mengenai keadaan halaman yang berselerak kerana semuanya dikemas oleh pekerja yang terlibat.

Akhirnya sekali, beliau berkata, kreativiti yang ada pada The Hutans ini memang patut ramai artis yang memilih khidmatnya. Sebenarnya, beliau memilih The Hutans ini kerana disarankan oleh sahabat karibnya iaitu Shuib Sepahtu.

Beliau menambah lagi, disiplin mereka bekerja memang sangat luar biasa. Hasilnya cukup menakjubkan dan terbaik.

Ubahsuai halaman rumah jep sepahtu

Beginilah keadaan bahagian hadapan rumah setelah kerja ubahsuai selesai dilakukan.

Ubahsuai halaman rumah jep sepahtu

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat memberi idea buat pembaca di luar sana untuk menghasilkan dekorasi yang menarik pada bahagian halaman rumah.

Selamat mendeco.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down