8 Tips Deko Dapur Kecil Nampak Luas

Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Anda mempunyai ruang dapur kecil? Tentu tidak bersemangat kan untuk memasak di dapur anda sendiri. Namun, terdapat beberapa tips yang boleh anda cuba untuk deko dapur kecil anda supaya nampak lebih luas dan tampil mempesona dan menarik.

Cuba anda ikuti tips yang dikongsi yang pasti hasilnya sungguh WOW dan tentu anda tidak percaya. Ia akan membuatkan anda lebih bersemangat untuk memasak.

1) Gunakan warna putih atau warna lembut pada dinding dan kabinet

Warna putih dapat memantulkan cahaya dan memberi kesan lebih terang dan terbuka pada bilik. Ia akan memenuhi ruang dapur kecil supaya nampak luas. Tidak sesuai untuk menggunakan warna gelap kerana ia akan membuatkan dapur anda nampak lebih sempit. Namun, jika anda bijak memadankan dapur hitam dan putih dan mewujudkan pencahayaan yang cukup, tidak mustahil dapur yang kecil boleh nampak luas.

Jika ingin gabungkan warna dengan memasukkan warna lain, pastikan pemilihan warna yang lembut seperti warna kuning, biru lembut, hijau lembut dan kelabu lembut. Pastikan juga tidak terlalu banyak gabungan warna kerana ia akan membuatkan dapur anda nampak serabut - inilah tips deko dapur kecil yang perlu anda titikberatkan.

deko dapur kecil warna lembut
Kredit: graceinthecrumbs.com

2) Optimumkan cahaya luar dan pencahayaan lampu

Digalakkan untuk mengguna tingkap atau pintu berkaca. Ia akan nampak ruang dapur lebih luas kerana cahaya dari luar masuk ke ruang dapur dan elakkan letak atau sangkut barang dapur pada tingkap kerana ia akan menghalang cahaya daripada masuk ke ruang dapur. Selain itu, anda juga dapat melihat pemandangan indah di luar sekali gus dapat menaikkan ‘mood’ anda untuk memasak.

Namun, pada waktu malam anda haruslah menggunakan teknik pencahayaan tumpu untuk mencipta ilusi luas pada dapur anda. Sebagai contoh, lampu sorot (track lighting). Ia mempunyai fungsi yang fleksibel di mana kepalanya mudah alih dan boleh dilaraskan untuk menukar titik tumpu cahaya. Anda boleh tukar ubah pada bahagian dapur memasak atau di sinki.

ruang dapur kecil
Kredit: amazon.com

3) Simpan barang atau peralatan yang jarang guna

Semua barang atau peralatan memasak yang jarang digunakan haruslah disimpan di dalam kabinet atau tempat penyimpanan khas supaya tidak serabut. Susun peralatan dapur secara praktikal dan teratur supaya senang untuk anda mengambilnya. Hal ini boleh buatkan ruang dapur kecil anda nampak lebih luas.

deco dapur kecil susun atur laci kabinet
Kredit: athomewithashley.com

4) Gunakan rak simpanan jenis terbuka dan maksimumkan ruang pada dinding

Rak simpanan jenis terbuka ini adalah rak yang menempatkan barang dapur seperti garam, gula atau pinggan mangkuk pada rak yang terbuka di dinding. Selain itu, barangan yang selalu digunakan haruslah disusun secara praktikal. Sebagai contoh, gantung kuali pada dinding dan susun pinggan di rak. Pastikan kaunter memasak kosong daripada peralatan supaya senang untuk memasak. Ia akan ruang dapur kecil nampak lebih luas dan tidak padat berbanding dengan rak yang tertutup. Selain itu, tidak digalakkan untuk letak banyak barang atau hiasan pada rak tersebut. Barang keperluan harian sahaja sudah memadai.

5) Kongsikan dapur dengan ruangan lain

Sekiranya ruang dapur rumah anda sempit, anda boleh kongsi dengan ruangan lain. Contohnya, ruang makan atau ruang tamu. Biarkan tiada dinding pemisah di antara ruang supaya menjadi lebih luas. Jadikan ruang memasak dan ruang makan menjadi satu ruang yang luas.

deko dapur kecil open space
Kredit: Adore Home Magazine

6) Elakkan meletak terlalu banyak hiasan di dapur

Dapur adalah tempat untuk memasak dan santai-santai bersama keluarga. Ruang dapur kecil tidak sesuai untuk meletakkan terlalu banyak aksesori atau hiasan tambahan di dapur. Deko dapur kecil seharusnya minimal kerana peralatan dan barang yang banyak membuatkan dapur anda nampak ‘crowded’ dan serabut.

Kredit: Minimalist society

7) Menggunakan jubin yang bertekstur atau border pada dinding

Untuk mencipta ilusi ruang yang lebih luas, anda harus mencari jubin bertekstur pada dinding iaitu bukan kosong semata-mata seperti corak halus berselang-seli bagi menaikkan seri. Sebagai contoh, corak chevron kontemporari seperti dalam gambar di bawah. Deko dapur kecil anda pasti tampil lebih berseri dan penuh kelainan.

Kredit: M/I Homes Design Center

8) Menggunakan jubin lantai dapur gading (ivory)

Jubin lantai dapur berwarna gading boleh mencipta ilusi ruang. Hiasannya memancarkan gaya kontemporari dan sangat minimalis. Pantulan cahaya pada jubin itu dapat membuatkan dapur anda lebih cerah dan menyegarkan. Ia sangat tahan lama dan mudah untuk diselenggarakan.

Kredit: stylesatlife.com

Anda sudah ada idea untuk deko dapur kecil anda supaya ruang dapur anda nampak lebih luas dan selesa? Jadi tunggu apa lagi, anda boleh guna semua tips ini atau beberapa tips ini untuk mendekorasi dapur anda.

Semoga bermanfaat!

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down