Pernah tengok tak sesebuah dekorasi homestay yang cantik menerapkan tema ala-ala kampung begitu? Kalau belum pernah tengok lagi, anda bertuah kerana boleh lihat artikel kami ini yang akan berkongsikan beberapa keping gambar deko klasik homestay ala-ala rumah kampung ini.
Dekorasi klasik ini telah dikongsikan oleh Siti Zaliha didalam grup facebook "Tukang Apa Hari Ini". Hasil daripada tersebut telah mendapat likes dan comments yang sangat positif daripada ahli grup yang menyatakan dekorasi tersebut amatlah cantik.
Rumah homestay tersebut mempunyai keluasan sebesar 1500 sqft, 3 bilik tidur dan juga 2 bilik air. Menurut beliau lagi, lokasi rumah homestay tersebut adalah Tanjung Genting Mersing , Johor. Jom kita melihat dekorasi cantik klasik homestay ini.
Disaat ramai orang di Malaysia ini suka membuat rumah batu. Abang terasa nak buat rumah kayu. Jadi, nak throwbackkan zaman silam katanya. Alhamdulillah dah siap!
Rumah homestay ini abg Mohamad Nazri Ahmad yang buatkan. Ianya diperbuat daripada kayu Cengal & Balau. Keluasan rumah ini adalah 1500 Sqft mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air bertempatkan di Mersing, Johor.
Deko Klasik Homestay Ala-Ala Kampung Yang Cantik
Ini lah gambaran pertama sewaktu homestay ini dibangunkan. Rumah kayu tradisional ini diperbuat daripada kayu chengal dan balau untuk menampakkan lagi rupa kampung tersebut.
Dah nampak dah rupa rumah kampung yang dulu.
Tadaa!!! Inilah dia rupa pada bahagian luar rumah homestay ini. Sekali tengok teringat rumah kampung dalam animasi " Kampung Boy".
Jom kita lihat dekorasi dalaman homestay ini. Semuanya menggunakan perabot-perabot yang klasik agar ia mengekalkan ciri kampung.
Rumah kampung dulu-dulu ni sememangnya tak ada banyak perabot. Tak banyak perabot bermaksud rumah akan nampak lebih luas dan cantik.
Rak dan pinggan legend yang digunakan oleh orang zaman dulu-dulu. Nostalgia pula tengok pinggan dan cawan tu.
Kredit : Siti Zaliha