Dekorasi Rumah Mesra Rakyat Yang Boleh Diambil Inspirasi

3,713 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah mesra rakyat sudah semestinya menjadi pilihan orang ramai. Mana taknya kerana rumah mesra rakyat ni antara yang murah dan mampu milik. Kalau yang dah dapat rumah ni sememangnya rezeki. Kalau dah dapat tu sudah semestinya kena jaga dengan baik deko pun haruslah cantik.

Deko rumah mesra rakyat ni boleh jer dilakukan dengan diri sendiri. Macam yang dikongsikan oleh Fatin Seri Lestari ini, beliau kongsikan hasil sebelum dan selepas dekorasi rumah beliau dilakukan di dalam sebuah grup facebook.

Hasil dekorasi yang dikongsikan tersebut mendapat reaksi yang positif daripada ahli grup tersebut. Ada yang menyatakan hasil deko amatlah cantik dan kreatif sangat-sangat. Nak tau bagaimana kreatif deko tersebut boleh tengok dekorasi rumah mesra rakyat milik beliau ini.

Dekorasi Cantik Sebuah Rumah Mesra Rakyat Yang Boleh Dijadikan Sebagai Inspirasi

Aslmkm. Sekadar perkongsian deco rumah mesra rakyat. Alhamdulillah, hikmah pkp dapat juga deco rumah. Kalau ade idea dan pendapat lain boleh je suarakn. Saya terima dengan hati terbuka. Idea, concept dan tema sye pilih sendri.

Memang obsess dengan biru sejak sekolah. Nasib baik husband ok. Alhamdulillah dengan membawak perut 7 bulan siap juga deco rumah dengan tangan sendri. Semoga dapat membantu pada siape yang tengah cari idea untuk deco rumah

Dekorasi Pada Bahagian Dalaman Rumah Mesra Rakyat Yang Asal

Sebelum beralih kearah dekorasi rumah yang cantik bertemakan warna biru dan putih. Rumah ini pada asalnya menggunakan stiker wallpaper. Sebab stiker wallpaper ni tak relevan tu nak tukar kepada cat.

Rumah Mesra Rakyat

Bahagian pintu masuk rumah milik sis ni. Dulu sofa tebal tapi sekarang dah jual dah ambik kerusi yang lain.

Rumah Mesra Rakyat

Hasil Dekorasi Cantik Rumah Mesra Rakyat Yang Dilakukan Ini

Dah tengok kan gambar asal sebelum makeover ini dilakukan? Kini, ini lah dia rupa selepas makeover dilakukan. Dari rupa rumah yang asalnya suram kini menjadi cantik bertemakn warna biru dan putih.

Rumah Mesra Rakyat

Gabungan abstrak wall pattern dan juga warna putih sangatlah sepadan untuk dekorasi rumah sebegini.

Rumah Mesra Rakyat

Ruangan pada bahagian pintu masuk kerumah. Masuk jer terus ada meja dan kerusi untuk melayani tetamu yang bertandang kerumah ini.

Rumah Mesra Rakyat

Ruang tv yang serba serbi warna biru. Maafkan sis sebab memang dah lama nak deko rumah warna biru macam ni. Biru memang warna feveret sis.

Bahagian ruang makan pun sama. Semuanya warna biruuuuu 😍😘

Rumah Mesra Rakyat
Rumah Mesra Rakyat

Sumber : Fatin Seri Listari

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down