Pasti ramai fikir yang rumah flat ni tak boleh nak deko cantik-cantik sangat disebabkan ruangnya terhad. Sebenarnya ruang terhad bukanlah penghalang untuk setiap pemilik rumah melakukan dekorasi mengikut cita rasa mereka sendiri.
Cuma kita perlu bijak dalam memilih warna serta perabot yang sesuai untuk digunakan pada ruang tersebut supaya rumah nampak lagi luas, kemas dan sedap mata memandang,
Jom ikuti perkongsian dari Syariq Shaff yang telah melakukan dekorasi rumah flat 850sqft menjadi lebih mewah dengan hasil tangannya sendiri.
Keadaan Ruang Tamu Sebelum Dilakukan Dekorasi
Disebabkan keadaan ruang tamu sebelum ni nampak suram je. Jadi ada baiknya jika ruang tamu ini diberi wajah baru supaya lebih ceria dan menarik.
Lakaran ni merupakan lakaran wainscoting yang akan dilakukan pada dinding ruang tamu dan pintu.
Satu pintu dah selesai. Kemudian pasang wainscoting pada pintu yang lagi satu dan dinding pula.
Hasil Akhir Selepas Siap Deko Ruang Tamu
Ini lah hasilnya selepas selesai pasang wainscoting dan deko ruang tamu. Ruang tamu nampak lebih luas, menarik, ceria dan mewah.
Sekian sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai dekorasi rumah flat berkeluasan 850 kaki persegi. Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi buat anda.
Sumber : Syariq Shaff (Tik Tok)