Dekorasi Mini Garden Cantik Pada Bahagian Garaj Kereta

6,020 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dekorasi mini garden ini sudah mejadi sebuah dekorasi yang wajib dilakukan untuk mana-mana rumah. Tidak kiralah pada bahagian dalam rumah atau diluar asalkan ia kelihatan cantik dan bersesuaian dengan bajet yang anda mampu.

Macam yang dikongsikan oleh Yuslan Ibrahim di dalam Facebook. Beliau kongsikan sebuah deko mini garden cantik yang dilakukan di halaman luar rumah pada ruang garaj. Hasilnya sangatlah cantik dan dapat memukau orang lain yang melihat hasil tersebut.

Jadi, jom kita lihat keindahan dekorasi garden tersebut dan semoga dapat memberikan inspirasi kepada sesiapa yang ingin melakukan deko garden pada bahagian ruang tersebut.

Dekorasi Mini Garden Yang Cantik Dilakukan Pada Bahagian Ruang Garaj Kereta

Harini taknak share tentang deko dalam rumah, since PKP ni nak sangat mood hijau dan tenang macam garden.

So inilah hasilnya, my mini garden kat area porch.

Banyak juga pokok tu beli kat ikea such as fiddle fig, money plant dan cactus.

Okey yang saya nak highlight kat sini tentang pasu terracota bata merah tu, memang beli kat IKEA, sangat Hippies, kalau dalam katalog “Ingefara” harga bermula RM 14.90 utk saiz sederhana.

Pasu ni kalau tanam kaktus memang sangat sesuai sebab ianya tak menakung air.

Btw nak cita jugak yang my mini garden inilah yang jadi multi purpose, untuk OOTD, baca paper, anak-anak berkhemah dan macam-macam lagilah.

Dekorasi Mini Garden Cantik Yang Dikongsikan Oleh Beliau

Dekorasi Mini Garden
Dekorasi Mini Garden
Dekorasi Mini Garden
Dekorasi Mini Garden

Sumber : Yuslan Ibrahim

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down