Rumah kecil yang dideco dengan dekorasi yang cantik dan menawan memang seringkali dilakukan oleh pemilik rumah pada masa kini. Faktor utama ramai dikalangan kita lebih memilih untuk menyewa dari membeli rumah unit apartment adalah disebabkan oleh kos sara hidup yang cukup tinggi.
Walaupun rumah apartment yang dimiliki tidak begitu besar, ianya juga perlu dideco kerana mahukan suasana yang selesa dan harmoni. Penghasilkan dekorasi rumah tidak semestinya perlu mengeluarkan belanja yang banyak, ianya juga boleh dilakukan mengikut kemampuan kita sahaja.
Itulah yang dilakukan oleh pemilik rumah apartment ini yang bernama Aqila Safuan. Beliau telah berjaya mengubahsuai kediaman apartment yang kosong itu kepada satu konsep baru yang cukup menarik.
Jadi, jom sama-sama kita lihat keadaan sebelum dan selepas kediaman ini diubahsuai.
Alhamdulillah,
Dekorasi di Apartment Adelia Residensi. Tema yang digunakan ikut sedap mata memandang .
Ruang tamu sebelum dilakukan minor decoration.
Hasil setelah ruang tamu ini berjaya diubahsuai.
Bahagian dapur sebelum diubahsuai.
Bahagian dapur setelah diubahsuai. Pintu kabinet itu tidak ditukar, ia hanya repaint sahaja dan tambah pemegang baru.
Bahagian ruang makan setelah selesai diubahsuai.
Kabinet hiasan diletakkan di bahagian ruang tamu sebagai penyeri. Kabinet mangkuk itu dibeli dari IKEA.
Akhir sekali adalah keadaan ruang balkoni setelah berjaya diubahsuai.
Itu sahaja hasil dekorasi menarik yang dapat dikongsi buat semua pembaca pada kali ini. Diharap dapat dijadikan inspirasi.
Semoga ianya dapat memberi manfaat.