Dekorasi Bilik Untuk Pasangan Baru Berkahwin

42,704 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Seperti yang kita tahu bilik untuk orang bujang dan orang yang sudah berkahwin sangat berbeza. Perbezaan itu dapat dilihat bukan saja dari saiz katil tetapi juga dari segi dekorasi dalaman bilik tersebut.

Untuk menghias satu bilik itu tidak perlu pun mempunyai bajet yang besar tetapi cuma memerlukan daya kreativiti yang menarik sahaja.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian yang dilakukan oleh emaknya ini untuk hasilkan dekorasi bilik sempena perkahwinan anaknya itu.

Dekorasi Bilik Menarik Untuk Pasangan Baru Berkahwin

Apabila dapat tahu tarikh anak nak berkahwin, ibunya yang kalut. Nak mendekorasi bilik yang kecil dengan bajet yang rendah memang agak memeningkan kepala.

Mereka bermula dari menjual katil single anak dan meja belajarnya. Selepas itu, mereka panggil wireman untuk tanam semua wayar yang ada, betulkan lampu dan lain-lain.

Katil baru yang dibeli olehnya adalah :

(PACKAGE SET) Goodnite SpinaHealth Spine Pro Full Bed Set Package Mattress + Bed Frame Queen / King (Tilam + Katil).

Enter S(Newest Edition) Goodnite SpinaHealth Spine Pro

Katil untuk pasangan berkahwin
Beli di Shopee
Dekorasi Bilik

Beliau inginkan sedikit kelainan, jadi, terfikir nak buat wainscoting. Beliau bertanya berapa harganya, lalu diberitahu mampu cecah sampai 1k lebih. Itupun baru untuk satu bahagian dinding sahaja.

Jadi, beliau bernekad untuk pasang sendiri. Mereka tiga beranak yang memasangnya, akan tetapi, punyalah bertekak sampai ada yang berkecil hati sebelum projek dekorasi ini selesai dihasilkan.

Bukan senang mahu mencari perabot dengan bajet yang terhad dan bersesuaian dengan citarasa anak. Agak lama jugalah beliau mencari. Karpet juga beliau beli di kedai online dan harga lebih murah sebab nipis. 

EnteZALALO 80cm x 230cm HC Nordic Style 3Dr Shop Name

Karpet Murah
Beli di Shopee
Dekorasi Bilik

Memang nampak mudah dan senang tetapi sangat rumit. Setelah selesai pasang, anak memilih warna cat yang lebih kepada tona warna kelabu. Beliau pun mula mencari katil di platform online.

Side table itu beliau beli ketika ada sale. Dari rm300 beliau dapat dengan harga RM100 dan setelah dipasang, ianya sangat berpuas hati.

Chest Of Drawers

Laci 3 Drawer
Beli di Shopee
Dekorasi Bilik

Keadaan bilik selepas diubahsuai dengan menggunakan barangan online sahaja.

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian dari warganet facebook yang bernama Zaliha Ahmad. Diharap perkongsian ini dapat memberikan idea yang bernas dan menarik dalam merealisasikan impian untuk menghias bilik sendiri selepas berkahwin nanti. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down