Dekorasi Dapur Cantik Bertemakan Warna "Apple Green"

3,920 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Masih ada lagi ker sesiapa yang inginkan sebuah dekorasi dapur cantik untuk dilakukan pada bahagian dapur mereka? Sudah pastinya ia merupakan impian semua orangkan untuk ada dekorasi dapur yang cantik serta tema warna yang menarik.

Jadi, anda boleh mengambil inspirasi daripada sebuah dekorasi dapur yang dikongsikan oleh Nun Niesa ini. Daripada dapur yang keadaan sangat gelap dan suram serta susunan yang berterabur, kini sudah pun berubah kepada dapur yang cantik dengan penggunaan warna bertemakan "Apple Green" yang menyerlah.

Jom kita melihat hasil dekorasi yang dikongsikan oleh Nun Niesa ini.

Berkat Sabar, Wanita Ini Akhirnya Dapat Menikmati Dekorasi Dapur Cantik Tema Warna "Apple Green"

Alhamdulillah berkat sabar. Percaya slowly but surely. Proud of myself also my super hero syurga dunia akhirat. Terima kasih my man. Dapur tak mewah, tapi cukuplah selesa untuk masuk dapur

Rupa Dapur Yang Tak Seberapa Cantik Pada Awalnya

Siapa sangkakan dapur yang kelihatan cantik ini asalnya merupakan sebuah dapur yang biasa sahaja.

Beginilah kelihatan dapur asal milik Nun Niesa ini. Dulu keadaan dalam ni gelap jer dan suram. Barang dalam dapur ini juga banyak yang tidak susun dengan kemas dan berterabur.

Dekorasi Dapur Cantik

Dekorasi Dapur Cantik Menerapkan Warna "Apple Green"

Alhamdulillah, selepas hampir sabar menunggu dapur yang cantik ini. Akhirnya siap juga dekorasi pada bahagian dapur ini. Menerapkan tema warna "Apple Green" sememangnya menaikkan lagi keserian dapur ini.

Dekorasi Dapur Cantik

Bahagian kabinet ni sememangnya nak letakkan dapur bar macam ni ditambahkan lagi lampu yang menyala kat bawah tu. Nak bancuh air malam-malam pun senang jer.

Dekorasi Dapur Cantik

Bahagian sinki ini simple jer sbb tak nak crowded sangat dengan rak pinggan. Kalau boleh nak minimalis sehabis yang mungkin.

Dekorasi Dapur Cantik

Kredit : Nun Niesa

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down