Pasti ramaikan diantara kita ini tinggal di rumah kuarters atau rumah berek pdrm kan? Walaupun rumah tersebut kecil namun ia masih lagi tempat tinggal untuk sesetengah rakyat Malaysia. Untuk mencantikkan lagi rumah kuarters, ia juga boleh dihias agar ia nampak kemas dan menarik.
Siapa cakap rumah kuarters tidak boleh didekorasikan? Untuk membuat dekorasi rumah kuarters tidak memerlukan duit yang tinggi. Jika seseorang itu berjimat pasti akan ada barangan-barangan deko yang murah. Antara kedai barangan deko yang murah untu dibeli ialah kedai Eco
Seorang lelaki dikenali sebagai Wan Mahassan ini berjaya membuat makeover rumah kuartersnya dengan hanya menggunakan barangan daripada kedai Eco sahaja. Pekongsian dilaman Facebook itu sekaligus makeover tersebut memukau pandangan netizen. Jom kita tengok perkongsian beliau.
Hi guys, Saya kongsikan teratak sementara kami di Berek PDRM. Kebanyakkannya barang Ecoshop RM2.10. Saya pernah kongsikan sebelum ini. Ini hasil final kami
BAHAGIAN RUANG TAMU
Permukaan lantai yang digunakan didalam gambar ini adalah lantai sejenis Vinyl Floor. Ia boleh didapatkan juga di kedai Eco.
BAHAGIAN DAPUR
Walaupun telah membuat dekorasi kuarters ini dengan baik sekali, namun ada juga yang tanya tidak membazir ker buat cantik-cantik kuarters ini. Dan juga bagaimana kalau dia berpindah kerumah baru. Adakah semua itu sia-sia sahaja? Ini respon beliau.
Bila ditanya semua ini tak membazir ke buat cantik-cantik dan mewah? Kami senyum je, kami perlukan ketenangan dan keselesaan. Kalau hidup kiat ni sekadar hidup, babi dihutan pun hidup. Jika suatu hari kami diarah berpindah, itu adalah rezeki penghuni baru. Insya Allah kami akan sedekahkan kepada siapa yang bertuah
Itu sahaja perkongsian daripda Giler Deco ini. Semoga perkongsian ini dapat memberikan anda inspirasi untuk mengubah rumah anda dan juga memberi manfaat kepada orang ramai.
Sumber : Wan Mahassan