Renovate Dan Deko Rumah Lama Mak Ayah Menjadi Baru

28,322 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah mak ayah di kampung sememangnya merupakan rumah yang sangat bermakna buat mereka. Kerana ia merupakan tempat dimana mereka tinggal bersama selama ini. Jika dibiarkan nanti rumah tersebut tidak akan nampak terurus dan bersepah.

Jadi, terdapat 7 adik beradik ini telah bersepakat untuk melakukan renovate dan deko rumah lama untuk rumah ibubapa mereka. Menurut perkongsian daripada Faisal Suhaimi dilaman facebook, beliau menunjukkan beberapa keping gambar tentang proses tersebut.

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda semua bagaimana hasil renovate dan deko rumah lama ini dilakukan oleh 7 adik beradik tersebut dan juga beberapa gambar halaman yang telah diubahsuai. Ramai netizen terharu melihat kesungguhan daripada adik beradik ini.

7 Adik Beradik Berganding Bahu Renovate & Deko Rumah Lama Mak Ayah Menjadi Baru

Kami adik beradik merasakan sudah tiba masa untuk melakukan renovasi dan dekorasi kepada rumah ibubapa kami ini.

Gambar Rumah Asal

Berikut merupakan beberapa keping gambar rumah yang asal sebelum kami melakukan projek ronovasi deko kami ini.

renovate deko rumah lama
renovate deko rumah lama
renovate deko rumah lama

Proses Renovasi Rumah Dilakukan

Untuk proses renovasi ini, kami melakukan beberapa pembaikian bumbung dan atap. Seterusnya, kami beralih kepada dekorasi dinding seperti mengecat, melakukan wainscotting wall dan sebagainya.

renovate deko rumah lama

Proses melakukan wainscotting wall dalam proses. Harap ibubapa kami sukakanya.

Hasil Akhir Selepas Renovate dan Deko

Inilah dia hasil daripada 7 beradik ini. Walaupun memakan masa dan tenaga kami untuk melakukan semua ini, namun kami semua berjaya siapkannya demi kebahagian ibubapa kami.

Untuk dekorasi rumah ni, kami memilih dekorasi berkonsepkan "Emerald Green" kerana ia sangat cantik dan sealiran dengan moden zaman sekarang.

renovate deko rumah lama
renovate deko rumah lama
renovate deko rumah lama
renovate deko rumah lama

Melihat senyuman kedua ibubapa kami ini cukup membuatkan kami semua hilang lelah kami dan semoga mereka dapat menikmati suasana rumah baharu ini.

Ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Diharap anda mendapat inspirasi dan juga berhapap anda semua menghargai ibubapa yang sedia ada seperti yang dilakukan oleh 7 adik beradik ini.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber : Salwa Abdul Rahman

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down