Mempunyai mini garden yang cantik merupakan idaman semua orang yang mencintai alam semulajadi. Ia merupakan satu terapi buat diri mereka sendiri. Selain itu, tanaman hijau juga dapat membantu dalam membaik pulih kualiti udara sekeliling.
Sebenarnya nak buat mini garden ni tak susah pun kalau rajin dan ada modal yang setanding dengan dekorasi yang kita nak buat. Jom ikuti perkongsian dari seorang pengguna media sosial tik tok mengenai dekorasi yang dibuatnya.
Keadaan Luar Rumah Sebelum Start Deko
Sebelum start deko, pokok-pokok memang dah ada tapi tak menarik langsung. Yela, macam mana nak menarik bila letak atas mozek macam tu je. Betul tak?
Semasa proses dekorasi, kita tambah lagi pokok baru. Bagi lagi meriah taman mini dengan pelbagai tanaman hijau yang segar dan cantik.
Hasil Dekorasi Simple Dengan Tangan Sendiri.
Tak perlu nak hire professional decorator. Deko sendiri pun cantik, kemas dan yang paling penting save bajet.
Yang mana berminat nak deko laman macam ni, boleh la buat. Tapi jangan hangat-hangat tahi ayam pulak sebab nak jaga tanaman ni kena ada disiplin. Jangan biar pokok korang mati dan jangan jadikan taman mini korang sebagai tempat pembiakan nyamuk.
Itu sahaja perkongsian dari giler deco mengenai dekorasi mini garden. Harap dapat memberi inspirasi kepada korang untuk deko laman rumah korang nanti. Good Luck!
Sumber : @pengantindea (Tik Tok)