Dekorasi Ruang Dapur Yang Cantik Konsep "Old School"

10,616 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jika anda sedang mencari atau menginginkan sesuatu dekorasi bahagian ruang dapur, sudah pastinya anda menyukai dapur bertemakan "Old School" ini. Dekorasi ini sangat cantik sehingga ia menampakkan kecantikkan dan kekemasan dapur tersebut.

Dapur dengan dekorasi "Old School" ini dkongsikan oleh Celagi Kotej didalam sebuah grup Facebook bernama "Kelab Kaki Deco". Sebelum ini, beliau ada berkongsikan gambar dapur beliau yang belum dihias. Boleh tengok perkongsian sebelumnya disini.

Sekarang, dapur tersebut telah dihiasi dengan cantik. Banyak barangan yang dibeli untuk mencantikkan deko ruang ini. Antaranya ialah dari Kaison, Ikea dan ada juga antaranya DIY sendiri. Jadi, jom kita tengok dekorasi yang cantik ini melalui perkongsian daripada beliau.

Dekorasi Ruang Dapur Yang Cantik Dengan Bertemakan "Old School"

Dulu kakja ada share dapur yang bulan siap. Sekarang, Alhamdulillah dah 5 bulan dapur kakja berasap.

Dapur bajet dan simple kakja. 100% design dan layout dari kakja. Praktikal sangat walaupun kecik. Sesuai dengan keluarga kecik.

Yang ingat kos kabinet pintu nyatoh 6550.00 untuk 27 kaki base plus hanging 7 kaki. Yang tile tu beli sendiri runcit2 upah pasang saja.

Lain2 deko by kakja lah. Tema Old school

Ruangan Dapur Sebelum Dekorasi Dilakukan

Inilah dia rupa ruang dapur milik Celoga Kotej sebelum melakukan dekorasi bahagian dapur beliau yang bertemakan "Old School". Kosong dan tiada apa-apa perabot lagi didalamnya.

Dekorasi Ruang Dapur
Dekorasi Ruang Dapur

Dekorasi Ruangan Dapur Bertemakan "Old School"

Selepas bertungkus-lumus membeli apa jua barangan untuk deko dapur ini, akhirnya siap juga. Inilah dia dekorasi dapur yang sangat diingikan olehnya iaitu deko dapur berkonsepkan "Old School".

Semua proses untuk membuat deko ni macam memindahkan perabot, menghias ini semuanya dilakukan oleh beliau sendiri.

Dekorasi Ruang Dapur
Dekorasi Ruang Dapur
Dekorasi Ruang Dapur
Dekorasi Ruang Dapur
Dekorasi Ruang Dapur

Sumber : Celagi Kotej

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down