6 Jenis Lantai Dapur Terbaik Untuk Rumah Anda

4,037 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ruang dapur adalah tempat yang sering dikunjungi dan digunakan pada setiap hari. Sama seperti lantai bilik air, apabila selalu digunakan sudah pasti sedikit sebanyak ia memberi kesan pada bahagian lantai dapur anda kerana sentiasa dipijak, terkena tumpahan, kotoran dan sebagainya. Perkongsian pada kali ini adalah mengenai jenis lantai dapur terbaik untuk rumah anda.

Jenis lantai dapur
Gambar dari Alex Gladwin -

Terdapat banyak aspek penjagaan yang perlu dititik beratkan sekiranya mahu lantai dapur tahan lama dan kekal menarik. Jadi sebelum renovate dapur tu, pastikan anda hadam dulu artikel ini ya.

Apakah Faktor Utama Pemilihan Lantai Dapur?

Semua suri rumah menginginkan keadaan dan suasana ruang dapur yang cantik dan ceria tidak kira dari segi konsep deko dapur, susunan barang mahupun dekorasi lantai. Bahagian lantai juga memainkan peranan penting sebagai seri sekiranya mahukan dapur kelihatan menarik.

Jangan ingat lantai dapur ni tak versatil gayanya. Ia bergantung pada kreativiti pemilik rumah untuk memilih tema apa untuk menghiasi dapur anda.

Di sini ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa memilih jenis lantai yang ingin digunakan.

Antaranya ialah :

Gaya Hidup

Apabila memasak di rumah sendiri, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira. Kemungkinan besar akan ada sos yang tertumpah, senduk dan sudu jatuh ke lantai atau suami, anak-anak dan kucing suka sangat masuk dapur. Jadi, sangat penting untuk memilih lantai yang tahan lama terhadap kesan haus dan lusuh.

Sekiranya memiliki anak yang masih kecil dan mahukan lantai dapur yang tahan bertahun-tahun, anda perlulah memilih jenis lantai yang tidak licin bagi memastikan keselamatan anak dan juga warga emas.

Konsep Yang Diinginkan

Pemilihan lantai juga bergantung pada konsep sesebuah dapur. Sekiranya tema dapur adalah rustic dan country-style, pemilihan material dan rupa lantai juga haruslah berkait dengan konsep dapur yang digunakan.

Keselesaan

Jika anda sering menghabiskan masa selama berjam-jam di dapur untuk menghiris, memotong dadu, memasak gulai dan rendang, anda memerlukan lantai yang lembut untuk dipijak.

Sebagai contoh, penggunaan lantai jubin akan memberikan ketidakselesaan jika dipijak terlalu lama. Penggunaan lantai kayu seperti lamina adalah lebih baik untuk mengurangkan lenguh pada bahagian kaki. Memiliki keanjalan yang baik, ia merupakan lantai yang paling selesa untuk digunakan pada ketika ini. Untuk menjadikan tempat berpijak anda lebih lembut, alaskan dengan tukar atau permaidani lembut supaya lebih selesa.

Mudah Untuk Dicuci

Sekiranya makanan tertumpah dan terjadinya kotoran degil, lantai dapur mudah menjadi kotor. Dengan menggunakan lantai yang mudah dicuci, ia dapat mengurangkan masa yang dihabiskan untuk proses penyelenggaraan kerana lantai yang digunakan adalah mudah untuk dibersihkan dan kalis air.

Kos

Sekiranya anda merancang untuk mengubahsuai lantai dapur, pengiraan bajet cukup penting bagi memastikan ianya dapat dilakukan dengan rapi dan tidak tertangguh dek kerana kekurangan bajet.

Caranya adalah dengan mengukur keluasan dapur yang ingin dipasang lantai tersebut. Tetapi harus di ingat, berkemungkinan kos tambahan mungkin dikenakan bergantung kepada kualiti, penghantaran, kos pemasangan dan proses membuang lantai lama.

Apakah Pilihan Lantai Yang Terbaik Untuk Kegunaan Dapur?

Sekarang anda dah ada idea bagaimana untuk membuat keputusan untuk memilih lantai dapur. Jom kita lihat pula 6 jenis lantai dapur yang boleh anda pilih untuk rumah anda.

Lantai Vinyl

Lantai kayu keras mewah atau dikenali sebagai lantai vinyl adalah lantai yang mempunyai sifat 100% kalis air . Ia mempunyai lapisan gabus pada bahagian bawah yang mampu melindungi daripada bakteria dan kulat yang boleh menyebabkan lantai berbau. Penggunaan lantai vinyl juga memberi rasa anjal dan tidak berbunyi apabila dipijak. Lantai vinyl sangat sesuai digunakan di kawasan yang sering digunakan seperti ruang dapur.

Lihat semua kebaikan dan keburukan lantai vinyl

Lantai Porcelain (Porcelain Tiles)

Untuk ketahanan dan visual yang menarik, lantai dapur jenis porcelain adalah pilihan yang terbaik. Lantai porcelain merupakan lantai yang berasal dari seramik biasa yang telah dipertingkatkan dengan proses pembuatan cara moden menjadikannya lebih keras dan selesa untuk digunakan. Lantai ini sangat sesuai digunakan untuk dapur yang berkemungkinan kadar tumpahan makanan dan percikan air yang agak tinggi.

Lantai Porcelain
Gambar dari TileBar 

Lantai Kayu Keras (Hardwood)

Lantai kayu keras memberikan kehangatan serta keselesaan apabila dipijak. Ia juga memiliki daya tahan yang lama dengan penyelengaraan yang rendah. Lantai kayu keras sangat tahan dalam keadaan persekitaran yang lembap. Tetapi jika ada tumpahan, haruslah segera disapu.

Lantai Gabus (Cork Floor)

Lantai gabus adalah jenis lantai dapur yang tahan lama dan kalis air. Ia juga sangat selesa dan tahan dalam keadaan persekitaran yang lembap seperti ruang dapur. Lantai gabus didatangkan dengan saiz 12 x 12 dan planks 1 x 3. Setiap keping memiliki corak yang sangat menarik. Permukaan lantai gabus mempunyai tekstur yang dapat mengelakkan anda daripada mudah tergelincir sewaktu berjalan.

Lantai Gabus
Gambar dari AmCork

Lantai Linoleum

Lantai linoleum adalah jenis lantai dapur terbaik sekiranya anda seorang yang gemar dengan konsep dapur mesra eko.

Ia diperbuat daripada serbuk gabus dan minyak biji rami dan mempunyai VOC yang tidak berbahaya. Ia adalah lantai yang mempunyai daya tahan lama dan boleh didapati dalam pelbagai corak dan warna.

Lantai linoleum ini cukup tahan lasak untuk dipijak secara kerap. Selain itu, ia juga tahan dalam keadaan persekitaran yang lembap tetapi mudah terdedah kepada kekotoran. Pastikan lantai yang dibeli mempunyai salutan pelindung untuk melindungi dari kesan calar dan tumpahan.

Lantai Linoleum
Gambar dari The Honeycomb Home

Lantai Batu Kapur (Limestone)

Lantai batu kapur merupakan lantai yang dihasilkan dengan menggunakan batu kapur asli berkonsepkan corak dapur orang lama. Ia tidak mudah rosak walaupun banyak perabot dan barangan berat diletakkan di permukaannya.

lantai batu kapur
Gambar dari Becky Machon 

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down