Dekorasi Ruang Dapur Ditambahbaik Hasil Dari Menabung

427 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Setiap impian yang kita inginkan sudah pastinya kita akan bekerja keras untuk mendapatkannya. Ada yang siap menabung lagi untuk mendapatkan sesuatu perkara yang diingini macam Zai Sabri ini.

Beliau menabung dari dahulu lagi untuk melakukan upgrade daripada dapur rumah beliau yang lama menjadi sebuah dekorasi ruang dapur yang kelihatan sangat elegan. Hasilnya sangatlah cantik dibandingkan dengan yang dahulu.

Menurut beliau yang sangat inginkan ruang dapur tersebut menyatakan bahawa hasil menabung beliau sebelum ini dapat merealisasikan membuat sebuah dekorasi dapur cantik elegan yang menerapkan tema hitam dan putih.

Hasil Dari Menabung, Dekorasi Ruang Dapur Ditambahbaik Menjadi Dapur Yang Elegan

Hasil sebelum dan selepas pada bahagian ruang dapur rumah ni. lama dah menabung untuk tambah baik kawasan dapur ni menjadi elegan

Dari Dapur Lama Di Upgrade Mejadi Dekorasi Ruang Dapur Elegan

Beginilah keadaan ataupun rupa pada bahagian ruang dapur kami ini. Dah lama sebenarnya guna dapur ni. Teringin juga nak rasakan dapur elegan macam orang lain.

Dekorasi Ruang Dapur

Inilah dia hasil akhir selepas di upgrade daripada ruang dapur lama menjadi dekorasi dapur yang cantik. Kenapa tema warna hitam putih? Sebab memang inginkan dapur tema 2 warna tersebut.

Dekorasi Ruang Dapur

Selain ruang dapur jangan dilupakan juga ruang makan disini. Ruang makan berada diluar dapur. Dulu simple-simple sahaja. Asalkan ada meja jer untuk makan dan tak ikut tema pun.

Kali ini disebabkan ruang dapur pun dah ada tema hitam putih. Ruang makan pun kena ikut sekalilaa tema ni. Meja dan kerusi kekal sama jer cuma pasang stiker marble dan juga foam kerusi bagi nampak kemas.

Dekorasi Ruang Dapur

Sumber : Zai Sabri

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down