Dekorasi Ruang Tamu Simple Buat Keluarga Tersayang

7,003 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ruang tamu merupakan ruang yang penting dalam sesebuah rumah. Hal ini demikian kerana ia merupakan tempat berkumpul bagi seisi keluarga. Disini lah mereka akan menonton televisyen bersama dan bergelak ketawa.

Selain itu, dekorasi ruang tamu adalah juga merupakan perkara penting apabila menjelang hari raya. Ramai yang berlumba-lumba untuk menunjukkan bakat mereka dalam menghias rumah.

Namun begitu, dalam keasyikan deko rumah, jangan pula lupa untuk set kan bajet bagi mengelakkan berlakunya pembaziran yang keterlaluan. Cukup sekadar melakukan dekorasi yang simple. Janji kemas, cantik dan sedap mata memandang.

Jom ikuti perkongsian daripada Nasya Azmee mengenai dekorasi ruang tamu simple yang telah dilakukannya.

Dekorasi Ruang Tamu Simple Tapi Tetap Cantik Dan Kemas

@nasyaazmee

Deco ruang tamu simple 😍 #fypシ #deco

♬ Beggin' - Måneskin

Keadaan Ruang Tamu Sebelum Didekorasi

Keadaan ruang tamu ini sedikit suram. Mungkin disebabkan oleh penggunaan warna sarung kusyen yang tidak menarik dan warna langsir yang gelap.

ruang tamu simple

Ini merupakan ruang makan. Dah cantik dan kemas sebenarnya. Cuma nak upgrade jadi lagi cantik dan kemas je.

ruang tamu simple

Hasil Selepas Dekorasi Siap Dilakukan

Wahh, ruang tamu tampak lebih ceria, kemas dan menarik berbanding sebelumnya. Baru nampak ada sinar sikit. Kalau tak rasa macam nak tidur je.

ruang tamu simple

Untuk ruang makan touch up sikit-sikit je nak bagi lebih berseri. Baru la makin berselera makan nanti.

ruang tamu simple
ruang tamu simple

Sekian sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai dekorasi ruang tamu simple ini. Semoga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi kepada anda untuk deko ruang tamu rumah anda menjelang hari raya yang bakal disambut tak lama lagi.

Sumber : @nasyaazmee (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down