Dekorasi rumah sempena sambutan hari raya aidilfitri merupakan sesuatu yang sering dilakukan orang ramai lebih-lebih lagi bagi sesiapa yang ingin mengadakan open house secara besar-besaran.
Seperti yang kita maklum, open house merupakan situasi dimana semua orang di alu-alu kan untuk datang ke rumah setiap kali menjelang hari raya. Jadi tidak pelik lah jika semua orang ingin memastikan keadaan rumah mereka lebih kemas dan cantik daripada hari biasa.
Namun begitu, perlu diingatkan open house bukanlah peluang untuk anda pamirkan kemewahan. Sebaliknya ia merupakan ladang pahala bagi tuan rumah kerana tetamu adalah amanah Allah yang harus ditunaikan haknya seperti diberi layanan yang baik.
Pasti semua orang excited nak sambut tetamu pada hari raya nanti kan. Sama seperti sis yanatyrah yang telah lakukan dekorasi pada rumah barunya sempena sambutan hari raya nanti.
Keadaan Rumah Sebelum Dideko
Rumah memang kosong, tak ada perabot lagi. Keadaan rumah kotor selepas siap dibina tu perkara biasa. Itu tugas pemilik rumah la pula. Tak kan nak suruh kontraktor bersihkan.
Hasil Akhir Setelah Kerja Pembersihan Dan Dekorasi Selesai
Alhamdulillah. Segala penat lelah terbayar bila tengok keadaan rumah macam ni. Rasa puas hati dan happy sangat bila dapat deko rumah sendiri walaupun dengan dekorasi yang simple je.
Sekian sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai dekorasi rumah baru sempena sambutan hari raya aidilfitri. Semoga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi kepada anda. Selamat mendeko!
Sumber : @yanatyrah (Tik Tok)