Siapa tak suka bila melihat kehijauan flora ciptaan allah yang sangat indah ini. Kita tengok hutan yang kehijauan pun sudah membuatkan kita tenang dan segar. Apatah lagi bila anda hiaskan rumah dengan tema flora, hari-hari boleh pandang dan tenangkan fikiran bila stress. Kali ini Giler Deco mahu berkongsi satu perkongsian dari warganet facebook iaitu @Love Finna yang memuat naik gambar dekorasi rumah bertemakan flora yang mampu buat anda terpukau. Jadi Giler Deco kongsikan di sini untuk anda semua.
Jarang kita jumpa dekorasi rumah yang bertemakan flora. Ini kerana sesetengah pemilik rumah tidak ada cukup masa menguruskannya kerana perlu menyiram , membuang daun kering dan sebagainya. Memiliki rumah yang bertemakan flora ini memang menjadi impian untuk semua orang yang menyukai keindahan flora ini.
Bukan saja nampak segar. Malah dengan adanya tumbuh-tumbuhan disekitar rumah mampu membuatkan anda rasa tenang dan mahu hilangkan penat bekerja seharian apabila sampai dirumah. Fakta ada mengatakan, warna hijau adalah warna terapi yang baik untuk kesihatan mata anda dan mampu menenangkan anda. Selain itu warna hijau mampu menghasilkan mood keceriaan di kawasan rumah anda.
[foogallery id="5628"]
Warna hijau membawa maksud warna identi alam. Warna hijau mampu mengahadirkan mood ketenangan, kesegaran dan santai. Mengikut pandangan psikologi warna hijau sangat membantu seseorang yang berada dalam situasi tertekan menyeimbangkan emosi dan memudahkan keterbukaan dalam berkomunikasi. Hail ini kerana warna hijau mempunyai kesan ketenanga. Warna hijau dikatakan memiliki nilai tersendiri kerana dapat memberi kesan kesegaran dan akan lebih cantik bila digabungkan dengan warna coklat gelap.
Diharap perkongsian ini dapat memberi idea kepada pemilik rumah , yang suka dengan tema flora ini untuk mendekorasikan rumah masing-masing dengan tema flora yang indah ini.