"Pendant Light Chandeliers Decoration" - Pernah dengar atau tidak akan akan tema dekorasi tersebut? Mesti tidak pernah kan atau jarang anda dengar. Dekorasi rumah ini merupakan dekorasi lampu yang pelbagai bentuk digantung dan diletakkan di dalam rumah untuk menaikkan seri suasana tempat tersebut.
Tidak semua rakyat Malaysia yang melakukan dekorasi ini namun seorang lelaki bernama Mohd Sahli telah melakukan dekorasi ini dirumahnya. Beliau berkongsikan dekorasi rumah tersebut di dalam laman Facebook dan menyatakan rekabentuk rumah yang panjang mendorong beliau membuat dekorasi tersebut.
Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda semua bagaimana beliau menghasilkan dekorasi rumah tersebut. Hasil sebelum dan selepas dekorasi rumah juga akan ditunjukkan. Jom kita tengok hasil perkongsian dekorasi "Pendant Light Chandiliers" beliau ini.
Hi semua. Sajalah saya nak berkongsi. Decoration rumah yang tidak seberapa. Saye pun tak tahu ni tema ape. Sekadar hiburan suka suka. Rumah sewa je sebenarnye ni.
Pattern rumah yang dulu2 jenis memanjang tu. Gambar yang sebelum dan selepas tu diambil pada zaman berbeza.
GAMBAR SEBELUM DEKORASI PENDANT LIGHT CHANDILIERS
Bahagian Ruang Makan
Bahagian Ruang Tamu
GAMBAR SELEPAS DEKORASI PENDANT LIGHT CHANDILIERS
Untuk ruangan makan ini saya jadikan ia sebagai studio pembelajaran online untuk mengajar online.
Lantai tu saya buat dekat ruangan makan je. Ada dalam 54 keping. Pasang sendiri je. Gam dia kuat. Setakat saya pakai dan mop. Tak ada masalah lagilah. Senang sbb saya tidak perlu letak karpet lagi.
1)Belakang tv adalah wallpaper yg jenis timbul2. Lepastu saya buatkan border. Frame tu daripada sticker foam beli di kedai eco rm2 corak batu bata tu. Saya potong dan tampal menegak. Acah2 tempat unggun api dalam cerita omputehh.
2) Cover lampu bulat2 tu saya buat sendiri tengok youtube. Guna benang hitam yang orang buat baju sejuk tu. Pastu celup dlm gam, lilitkan bnyak2 pada bola beli kdai eco. Biarkan kering, nnti dah keras pecahkn bola guna jarum. Saya tak guna belon sbb belon tidak memberi bentuk yang bulat.
SEDIKIT KETERANGAN UNTUK HASIL DEKORASI INI
1) Lampu tu ade yang beli ade yang saya buat sendiri. Saya upah orang untuk tukar lampu pendafluor kepada lampu yang saya dah standby. Upah dia pun murah jer hanya di bawah rm100.
2) Wallpaper pula dibeli di Kaison. Pasang sendiri sahaja namun ada tekniknye. Gunakan gam yang saya dibeli di Kaison dan dibancuh. Pastikan anda guna berus cat (bukan roller) untuk ratakan gam di belakang wallpaper. Kalau gam tidak sekata, wallpaper akan menjadi gelembung sana sini.
3) Lantai dekat meja makan tu adalah lantai vinyl. Dengan memerlukan sebanyak 54 keping lantai vinyl. Kos hanya dalam rm120++. Sebab saya guna floor tu asalnye saya letak karpet tapi karpet menyusahkan saya untuk sapu dan mop. So sye tukar kpada cara yang lebih praktikal.
Sumber : Mohd Sahli