Dekorasi Rumah Pertama Yang Boleh Dijadikan Sebagai Panduan

186 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah pertama ni pentingnya ianya sebagai sebahagian daripada hidup kita. Rumah ni merupakan kejayaan untuk diri anda sendiri menunjukkan bahawa anda boleh berdikari dengan sendiri. Ada rumah ni membolehkan anda bebas nak buat apa.

Rumah pertama ini sebolehnya hendaklah kelihatan nampak kemas dan cantik. Bukan setakat cantik jer, kena pastikan rumah juga selesa untuk diduduki seorang ataupun bersama seiisi keluarga yang datang kerumah.

Jika sedang mencari beberapa idea untuk dekorasi rumah pertama ni boleh lihat posting facebook daripada owner nama Muhaszlina Sanip. Jom kita tengok hasil dekorasi rumah pertama ini yang cantik dan selesa untuk dilakukan.

Dekorasi Rumah Pertama Yang Cantik Dan Simple Boleh Dijadikan Sebagai Panduan Untuk Keluarga Baharu

Harini saya nak share kisah rumah pertama saya. Masih duduk sampai sekarang. Rumah yang saya post sebelum ni, rumah baru. Setiap hujung minggu kami tidur sana. Plan nak pindah hujung thn ni, tapi sebab Covid19, mungkin kami postpone dulu untuk pindah rumah. Rumah ni kami beli 18 tahun lepas. Masa beli, rumah ni kosong. Lantai pun simen jer. Kami pindah masuk pun tak bawak banyak barang.

Tapi seiring dengan masa, Alhamdulillah dapatlah cantikkan rumah sikit-sikit. Saya memang minat deko-deko, tapi anak kecik lagi waktu tu. So takdelah nak deko beriya sangat. Barang kaca memang takde. Hehe. Banyak kenangan kat sini. Tempat anak5 membesar. Pengalaman kena rompak pun kat rumah ni laa. Pengalaman mengajar kita supaya lebih berhati-hati di masa depan kan? Apapun, pegangan saya, kena selalu bersyukur dan hargai apa yang Allah sudah tetapkan menjadi milik kita. Rumah lama ke rumah baru, kita jaga sebaiknya.

Dekorasi Rumah Pertama Yang Secantiknya Untuk Dilakukan

Pandangan depan

Dekorasi Rumah Pertama

Pelan-pelan cantikkan rumah.

Letak meja & bangku sebab anak kecik masa tu suka main luar. Pastu kejap² masuk umah nak air, nak makan. Bila ada set meja ni sy letak air & makanan minum petang untuk diorang makan minum kat luar. Senang. Takdelah diorg kuar-masuk rumah lagi.

Dekorasi Rumah Pertama

Masa beli rumah ni porch ni simen jer. Kami menabung untuk letak tiles kat sini. Saya amek upah menjahit tudung kat rumah. Suami keja, tapi waktu lunch dia balik rumah, makan kat rumah sebab nak simpan duit.

Kawasan sidai kain.

Laman. Pagi² selalu exercise cakar sampah kat sini ðŸ˜„. Saja nak keluarkan peluh. Takde sampah pun saya cakar jugak

Bilik anak dara.

Anak dara saya 3 orang. Dulu kecik² semua nak tido sebilik. Sekarang dah besar, bilik pun dah jadi sempit. Almari baju tak muat. Masing-masing berebut kawasan. Kat rumah baru semua dapat bilik sorang satu. Tapi sibuk pulak nak tidur sama-sama. Adeh, tak paham laa org pompuan ni.

Dekorasi Rumah Pertama
Dekorasi Rumah Pertama

Ruang tamu merangkap "surau" bila waktu Subuh & Isyak.

Dekorasi Rumah Pertama

Takde siapa ke nak puji langsir sy kali ni? Geram tengok langsir tu. Letih saya susun, tak jadi cantik jugakkkk. Akhirnya saya buat jer cenggitu. Tapi langsir ni la banyak mengajar saya tips nak buat flow langsir jadi cantik macam kat rumah lagi satu tu.

Dapur. Kabinet bawah buat dulu sbb bajet kan.. bila duit tabung dah cukup, baru buat kabinet atas.

Dekorasi Rumah Pertama

Bilik saya. Sarung bantal jahit sendiri, belajar dr YouTube. Sebab sarung bantal asal tu dah buruk. Hehe, nak save duit, jahitlah sarung bantal baru.

Kredit : Muhaszlina Sanip

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down