Deko Tangga Rumah Hanya Menggunakan Barang Online

15,914 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dekorasi rumah bukan suatu perkara yang asing bagi rakyat Malaysia dan seantero dunia. Ia merupakan perkara yang common untuk dibicarakan dan dikongsi dengan orang ramai.

Apabila bercakap mengenai dekorasi rumah, sudah pasti pemilik rumah tersebut akan melakukan dekorasi pada setiap ruangan yang ada termasuk tangga. Tak kan ruang lain camtik, tapi tangga dibiarkan nampak lusuh begitu sahaja. Tengah syok tengok dekorasi rumah yang cantik, tiba-tiba nampak dekorasi tangga yang menyakitkan mata. Memang potong mood betul. Betul tak?

Bagi korang yang teringin nak deko tangga tapi bajet rendah, korang boleh follow cara sis ni deko tangga yang lebih cantik dan menarik dengan hasil tangan sendiri.

Deko Tangga Rumah Dengan Barang Online. Mudah, Cepat Dan Cantik

Horaay! Barang dah sampai. Tunggu apa lagi? Jom start deko tangga sekarang! Bahagian lain dah cantik, tak kan tak nak deko tangga bagi glow up sikit kan.

First, cat bahagian tangga yang dekat bawah menggunakan cat premium. Bukan bahagian bawah tangga yang biasa digunakan untuk buat mini stor tu ye.

Sambil-sambil tunggu cat kering, spray dulu bahagian tepi tangga.

deko tangga

Done! Ini hasil lepas siap spray dan cat dengan cat premium tadi.

deko tangga

Selepas cat dah kering, sambung cat epoxy pula.

Hasil Akhir Selepas Siap Cat Dengan Cat Premium Dan Cat Expoxy

Tada! Dah siap. Mudahkan nak bagi tangga ni glow up dari biasa.

deko tangga

Sekian saja perkongsian dari Giler Deco mengenai dekorasi tangga menggunakan barang dari shopee. Semoga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi kepada anda untuk hasilkan pelbagai dekorasi ruangan rumah kelak.

Kredit : @nurinaa4 (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down