Dekorasi Rumah Sewa Lama Yang Berusia Hampir 12 Tahun

5,210 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Membuat sesuatu ubahsuai rumah atau juga dekorasi rumah sewa yang lama ini semestinya antara kerja yang mencabar tambahan pula jika dilakukan seorang diri macam Syahrul Arizan Ariffin ini.

Lelaki yang bernama Syahrul Arizan Ariffin ini berkongsikan bagaimana beliau melakukan sebuah dekorasi rumah sewa lama beliau seorang diri. Perkongsian tersebut telah dikongsikan didalam grup facebook kelab kaki deco.

Apa tujuan dekorasi ini dilakukan? Beliau menyatakan bahawa dekorasi rumah sewa tersebut dilakukan untuk membuat kejutan terhadap isteri tercinta beliau. Hasilnya juga tidaklah gempak dan cantik menurut beliau namun bagi Giler Deco hasil dekorasi tersebut sudah pun cantik dan berseri-seri jer tengok.

Dekorasi Rumah Sewa Lama Usia 12 Tahun Dilakukan Untuk Kejutan Buat Isteri Tercinta

Sejak pkpd awal tahun lepas saya banyak belajar decorating dari group ini & sumber Youtube. Masa tu saya bru ambil rumah ni dari penyewa. Usia rumah dah lebih 12 tahun.

Mulanya saya memang tak yakin nak buat kemudian saya nekad nak deco & buat suprise pada wife.

Hampir 10 bulan saya datang rumah buat sikit², saya beli semua tools & bahan² dari shopee & kedai DIY. Segalanya saya buat sendiri sampailah mengecat dinding kecuali bahagian siling L shape tu saya upah kontraktor.

Tiba masanya saya jemput wife datang tengok rumah hasil dari tangan bangku saya. Walapun hasilnya tak secantik rakan² dalam ni, reaksi wife buat saya hampir menitis air mata.

Saya yakin anda juga manpu buat. Mesti berani & jangan takut gagal. Sentiasalah berdoa.

Rupa Rumah Sewa Sebelum Dekorasi Ini Dilakukan

Sebelum deko ini dilakukan, beliau telah berkongsikan beberapa keping gambar menunjukkan kondisi dan juga rupa rumah sewa tersebut.

Dekorasi Rumah Sewa Lama
Dekorasi Rumah Sewa Lama

Hasil Akhir Deko Rumah Sewa Lama Yang Dilakukan Ini

Tadaaaa! Inilah dia hasil akhir ekorasi rumah sewa yang telah pun siap dilakukan oleh Syahrul Arizan Ariffin ini. Amacam? Cantik tak deko yang dilakukan ini?

Dekorasi Rumah Sewa Lama
Dekorasi Rumah Sewa Lama
Dekorasi Rumah Sewa Lama
Dekorasi Rumah Sewa Lama

Sumber : Shahrul Arizan Ariffin

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down