Dekorasi rumah yang simple dan berkonsepkan "Home Industry" ini merupakan antara dekorasi yang paling tiptop dan banyak digunakan diluar negara. Tidak ramai rakyat Malaysia menerapkan dekorasi ini dirumah mereka.
Namun, seorang lelaki yang bernama Yuslan Ibrahim ini telah menerapkan dekorasi ini pada rumahnya. Beliau menyatakan dekorasi yang berkonsepkan industry ini sangat cantik dan simple sahaja untuk melakukannya.
Beliau telah berkongsikan dekorasi tersebut didalam Facebook yang bernama Kelab Dekorasi IKEA Malaysia. Jom kita tengok bagaimana dekorasi rumah yang dilakukan oleh beliau ini. Mungkin anda mendapt inspirasi untuk dilakukan pada rumah anda.
Kemas simple-simple sambil exercise pagi ni. So in love dgn konsep industry yg simple camni. Masa make over rumah ni dulu, memang banyak beli produk ikea 90% sebabnya nak cuba compare kos barang ikea dengan kedai perabot lain.
Owh pasal frame tu,semua saya buat sendiri jer since susah nak jumpa kat Malaysia yang ngam dengan konsep. Ternyata dengan Ikea lagi puashati, tu pada pendapat den la.
Keadaan Rumah Sebelum Dekorasi Rumah Dilakukan
Dekorasi Rumah Yang Berkonsepkan Industri Simple
Inilah dia rupa deko rumah yang berkonsepkan industry simple ini. Banyak perabot ini dibeli di IKEA. Manakala untuk meja pula saya beli di Ruma Furniture. Lampu gantung pula dibeli di Shopee jer.
Ini pula adalah bahagian ruang tamu. Fram gambar yang ada tu saya tak beli pun. Saya diy sahaja diri sendiri sebab frame tersebut memang tak jual dah.
Ini merupakan brick yang betul daripada suzuka.
Bahagian master bedroom.
Tempat untuk kami sekeluarga meluangkan masa menonton tv disini.
Ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Diharap perkongsian ini mendapat memberikan inspirasi untuk anda yang ingin melakukan dekorasi rumah yang berkonsepkan "Home Industry". Komfirm tetamu akan terpegun melihatnya.
Semoga artikel bermanfaat untuk semua.
Sumber : Yuslan Ibrahim