Zaman sekarang ni nampaknya ramai yang duduk rumah dan order makanan melalui online kan? Apabila order online ni, pastinya abang delivery kena tunggu kita keluar dahulu baru boleh bagi makanan dengan selamat. Kita pula kadang-kadang kena tunggu takut terlepas pandang makanan kita.
Untuk elakkan perkara sebegini, seorang lelaki bernama Munjep Berjanggut memikirkan idea yang bernas iaitu dengan membuat DIY bakul parcel. Tujuannya untuk abang delivery kita meletakkan barangan didalam bakul tersebut.
Nampak simple sahaja namun besar manfaat untuk abang-abang delivery kita ni. Jadi, apa kata kita tengok perkongsian daripada Munjep Berjanggut ini cara untuk membuat DIY bakul parcel khas ini yang senang dan menarik.
TAJUK : BAKUL PARCEL
Assalamualaikum. Musim ni mesti ramai yang order makanan atau beli barang online kan, termasuklah saya. tak larat nak gado2 keluar sambut delivery, jadi saya buatkan bakul parcel di pagar rumah.
Cara Membuat DIY Bakul Parcel Khas
1. Ni lakaran sebelum kaki bakul dibuat. Ukuran dibuat berdasarkan bakul dan pagar saya. panjang keseluruhan besi kaki 34 inci x 2 batang = 68 inci.
2. Alatan yang digunakan. Besi dan tukul pada mula-mulanya.
3. Guna tukul sangat susah untuk dibentuk.
4. Akhirnya, menggunakan apit baru boleh buat kerja.
5. Buatkan sampai ia berbentuk 90 darjah macam ni.
6. Inilah dia hasil bentuk kakinya.
7. Dekat penyangkut tu letak sikit lapik, supaya pagar xcalar, xdelah berkarat pagar tu.
8. Kaki dengan bakul diikat dengan rivet. 4 biji rivet saya gunakan
9. Sampai malam dikerjakan, baru jer siap. Bakul tu kat dalam, kat luar pagar tu letaklah signage untuk abang delivery letak barang di dalam bakul tu.
10. Contoh signage yang saya telah lakukan.
Hasil Akhir DIY ini
Akhirnya penghantar abc dan juga rojak telah pun merasmikan terlebih dahulu bakul khas diy ini. Hehehe
Sumber : Munjep Berjanggut